Monday 13 February 2012

~Kelmarin..Semalam dan Hari ini~

KELMARIN...
Bonda jatuh terduduk..tersembam ke tanah dan mendongak ke langit.Sakit!! sakit yang membuatkan bonda tahu yang bonda bukan lah hamba yang baik dan mengikut segala ajaran dengan istiqamah...


Kelmarin juga bonda berlari anak2 mengejar pelangi..berusaha menggapai awan yang terlalu jauh tinggi di atas berbekalkan semangat yang kian hilang...


Kelmarin juga bonda menangis semahu2 nya..meratapi tiap khilaf diri..memaksa jiwa menerima setiap kekurangan..






SEMALAM...
Bonda belajar dari dunia..bahawa hidup ini bukan cerita "fairy tail", segala2 nya indah pada pandangan mata..


Bonda tahu yang kehidupan yang sukar adalah permulaan kepada kebahagiaan kerana ALLAH swt itu maha kaya..pengasih dan mengetahui.Tiada sesuatu yang berlaku tanpa izin NYA dan rancangan dariNYA itulah yang sebaik2 perancangan.


Bonda kenal erti hati dan budi serta CINTA yang hakiki..








HARI INI...
Bonda berusaha untuk jadik hamba yang terbaik..masih berusaha..terus berusaha..


Bonda miliki seluruh kebahagiaan yang 1 masa dulu terlalu jauh dari bonda..terasa mustahil untuk bonda gapai..terlalu gah untuk bonda angankan..


Bonda di kelilingi orang2 yang sayangkan bonda..mendoakan yang terbaik dari bonda dan yang pasti sentiasa bersusah payah bersama bonda.


kalian lah penawar di kala duka..pengubat di kala sendu dan kalian juga lah pengiring bonda ke sana  suatu ketika nanti..


* Bonda berdoa semoga kita tetap bersatu hingga ke akhir waktu dan kalian tetap menjadi keluaga bonda dunia akhirat, AMIN.


- Mohd Fauzi Ishak...SUAMI DUNIA AKHIRAT KU
-Muhammad Ryan Miqail...MALAIKAT SULUNG KU
-Muhammad Ryan Mukhlis...MALAIKAT TENGAH KU
-Muhammad Ryan Muhaimin...MALAIKAT KETIGA KU
-Muhammad Ryan Masyal...MALAIKAT KECIL KU



2 comments :

mizundaztooz said...

tetiba teringat masa zaman sekolah dulu...
(tapi apa kena mengena dengan ini kes ek?)

Bonda Ryan said...

hek3!! mmg xde kena mengena eehh..^_^