Monday, 21 May 2012

Firasat bonda

Assalammualaikum sebagai pembuka bicara buat pembuka hari....Isnin bersamaan 21 may 2012.


Bonda sering gelisah bila anak2 bonda mengadu tentang diri mereka. Sebulan kebelakangan ini c ulam pegaga nombor satu sering mengadu ttg kesukaran bernafas...adakalanya bonda perasankan ketidakselesaan itu. Sebagai seorang bonda yang bekerja dan punya 4anak yang masih kecil...sudah pasti kekangan masa membuatkan bonda sering letih dan lalai dengan aduan itu. NO!! Jangan kata bonda tak sayangkan c ulam pegaga sulung...dialah tangkai hati dan kesayangan bonda yang utama. Tiada beda dengan yang lain. Hanya  masa yang selalu menjadi penghalang pada bonda dan kudrat yang tak mencukupi utk bonda berikan sepenuh perhatian pada dia. Namun..setelah mencuba membahagikan masa sebaik mungkin dan membuat jadual yg tepat...bonda berusaha membawa c ulam pegaga sulung membuat pemeriksaan di hospital kerajaan setelah melalui kesesatan yang membiolkan..huk3!! <bonda mmg tidak akan menghafal jalan..makanya sesat adalah perkara biasa, harap maklum>.


Setibanya di hospital...doktor yg merawat c ulam pegaga telah memeriksa c ulam pegaga sulung bertemankan tangan c ulam pegaga yang sejuk <sejuk tanda gabra yer...mewarisi penuh tingkah c ayahnya..apo nak buek..ekeke!!>. Firasat bonda dari awal mmg tidak sebaik riak yang bonda ukirkan...dan ternyata itu benar. Anak kesayangan bonda di sahkan menghidap masalah pernafasan. Menurut kata doktor...sejarah kelahiran beliau yang pernah lemas di dalam kandungan mungkin faktor besar kepada gejala ini walau sudah berlalu 5tahun yang lalu. 


Iya...c ulam pegaga ini sewaktu di lahirkan sudah kebiruan...akibat kekurangan oksigen dan di tempatkan di NICU Hospital Putrajaya selama 1minggu lebih. Benar firasat ini...dan syukurlah ianya masih d awal simptom pada peringkat yg lebih serius. Hati ibu mana yang tidak gusar...namun bonda bersyukur kerana masih di kurniakan kesempatan dan peluang yg tersisa. Mungkin benar...bonda bukan lah ibu yang sempurna, mampu bertindak segera pada sesuatu yang berlaku...namun bonda pasti dan sgt pasti..ALLAH swt tahu sejauh mana kudrat bonda dan sesuatu yang berlaku itu semuanya rahsia DIA. Terima kasih Ya Allah kerna masih memberikan kesempatan pada bonda. Maka pulang kami bertemankan ventolin inhaler dan oleh kerana hospital kerajaan..makanya aerochamber bonda kn beli sendirik di farmasi yer kawan2...xtau ape tuh aerochamber?? meh bonda kasi gambor..
*Ehsan pakcik goggle..makasih pokcik!!
Harap2 c ulam pegaga tak gerun dengan alat nih sebab bonda tgk pun dah lain macam rasanya...bonda memang penakut dengan segala alah yang berkaitan dengan inhaler walaupun dari jaman to kaduk mmg selalu berulang ke hospital amik nebulizer. Udah nak buat macam mana..serius takut!!!


*psssttt...doakan kesihatan anak bonda yer..kesihatan bidadari bonda jugak, mudah2an mereka senantiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Yang Maha Mengetahui ALLAH swt...AMIN LAPAN RATUS RIBU KALI!!! *_^

1 comment :

Azima Ariffin said...

As anak aku masa umur 9 bln dah kena pakai mende alah ni dah.. huhuhuhu.. cian kan.. anak aku nangis yg aku tak tahan tuu..

aku doakan sume baik2 belako.. insyaallah..