Tuesday 28 May 2013

Aku bukan Aishah..



Aku bukan Aishah ra..

Aku bukan aishah yang menjadi rusuk seorang kekasih Allah swt.
Aku hanyalah seorang wanita yg tidak terpilih.
Aku bukan lah mutiara yang tersimpan rapi di dasar lautan.
Aku Cuma sebutir pasir jalanan yang penuh debu.

Aku bukan aishah yang mampu memimpin.
Kerana aku hanyalah seorang wanita yg harus kau pimpin.
Buta aishah ada penyuluh,
Buta aku hanyalah bertemankan gelap yang menakutkan.

Jalan aku jalan yang berduri.
Jalan kau penuh syurga yang mengiringi.
Jika aku sekeras karang.
Jangan kau duga dengan gelombang egois mencakar awan.
Kerna aku bukan aishah.

Dua cerita hendak kau jadikan satu cerita.
Bukan mudah.
Bukan enteng.
Bukan juga sekelip mata.

Kerna…

Aku bukan Aishah ra.

-Bonda ryan 29/5/2013, 9.12am-

3 comments :

azieazah said...

Setiap kita ada kelemahan, ada kekurangan. Berusahalah untuk jadi lebih baik dari hari ini.

faraherda.razalan said...

Kita manusia tak sempurna. Tapi, kita masih boleh perbaiki kesalahan kita. Kan?

Bonda Ryan said...

InsyaAllah kak azie dan kak farah. masa lalu bukan penentu masa depan jika kita ada tekad untuk jadi lebih baik kan.