Saturday 24 August 2013

Open table..



Assalammualaikum wrt.

Jumpa balik kita semua kat ruang putih yg serba kekurangan ni. Sihat ke semua? bonda alhamdulillah. RYAN4 pun sama. Pendek kata, kami semua sihat2 belaka. Sejak dua menjak ni malas betol nak hupdate cecite kat sini. Merepek kat muka buku selalu, huhu. Bukan apa korang, kalau dah masuk sini..memang lagik banyak benda nak tulis..maka lagik penat lah jari gemok gebus ni menaip..haha!. 

Ok lah..
Secara directnya nak cerita pasal open table kat umah malam tadik. Apa pasal panggil open table? pasal hanya kawan2 opis dan jiran terdekat je yg di undang. Kalau open house kena ajak semua kan? selagi org kenal lah panjang kata, (pendek dah kata kat perenggan atas tuh tadik..mih3!!). Jika tiada aral..memang bonda akan buat makan2 bila lepas raya. Cuma tahun lepas jer bonda skip memandangkan bidadari bonda baru sahaja pergi. Tak rasa best untuk masak2 dan melayan orang bertandang. Suram sungguh tahun lepas.

-Al Fatihah buat ibu, stahun 16hari sudah-

Tahun ni, ada lah sedikit keceriaan syawal tuh. Walaupun masih tak complete. Tapi cukuplah untuk hiburkan RYAN4 dan suami. Sebagai manusia biasa, banyak yang bonda doa..banyak yg bonda harap, banyak yang bonda mintak. Tapi Allah swt tuh kan hanya berikan apa yg kita perlukan. Bukan bermaksud, DIA tak beri tu kita tak di sayangi..tu tandanya kita kena banyak lagik doa dan doa. InsyaAllah. Bersangka baik atas apa jua pun ujian, itu kunci kesabaran kami selama ini ^_^

Open table semalam tak lah ramai mana pun yg di undang, so masak pun ala kadar jer. Sorang2 kat dapur bersilat memang kebiasaan bonda. Tak reti nak buat kerja kalau ramai2 kat dapur. Kalau org yang kenal bonda mesti meluat tengok cara bonda kat dapur..sekejap2 lap, sekejap2 mop..haha!!. Macam pembersih sangat je kekdahnya, tapi tak lah sangat pom!..cuma itu dah jadik tabiat. TABIAT ok, bukan tebiat. harap faham.

Oklah..terima kasih pada opismate yg datang semalam..jiran tetangga yang borak sampai tgh malam dan ipar duai yg sudi datang. Maapkan lah kalau ada tersalah cakap, tersalah pertimbangan selama kita kenal, termasin masak, tertawar rasa atau apa2 je lah eh. Sorry jugak takde gambor korang pasai bonda lebih jatuh cinta kat makanan..hew3!!.

Pada pembaca setia, follower dan silent reader blog nih..
Bonda nak mintak maaf pada korang semua yer. Maafkan lah bonda jika ada tersalah kata, tersalah tulis atau apa2 'ter' lagi lah. Kadangkala, bonda menulis ikut sedap anak tekak jugak. Takde sensitiviti pada persekitaran, so maafkan lah bonda. Apa yang baik datang dari Allah swt, mana yg jelik dan buruk tuh dari bonda sendiri. Sekali lagi bonda jelaskan bahawasanya blog bonda ni di tulis berdasarkan cerita2 yang bonda, keluaga kami dan RYAN4 lalui. Takde unsur2 penyindiran atau pun persaingan. Bagi yg mengikuti setia dari awal blog ni, pasti tau setiap cerita. Selama ber'blog, tidak pernah lagik bonda mendelete entry. Bonda kerja dengan SKMM tau, so etika berkomunikasi di ruang maya kami ada certificate. Jika ada sebarang tuduhan terhadap blog bonda ni, sila berhubung terus dengan pihak SKMM..hihi.

Jom layan beberapa pic malam tadik jom, buat inspirasi open house umah korang pulak. Kot2 ada yang berkenan lah..jom scroll!

choc cheese brownies.

Roti jala dengan kari hayam.

Ayam masak vidalo.

Kurma daging

Agar-agar kiwi.

Laksa goreng.

Meja juadah orang malas, hak3!! (xde kain alas pun kan?..mih3!!)

Jumpa di entry akan datang yer..bye!


#Al fatihah buat ibu tersayang, Eshah binti Pendek.





4 comments :

AtieAbid said...

waduh!!!
beliur bila nengok juadah2 bonda untuk open table ni..memang mabeles..!! rugi x dapat dtg..jauh sgt..huhu..

Bonda Ryan said...

tu lah pasai..meh pindah semenanjung kak atie..masuk team central. nanti2 boleh join..hihi.

Faiz Saaid said...

wah kuih muih tu skmm sponsor ke ?

Bonda Ryan said...

keja je dgn SKMM faiz, tu pun staff bawahan jer, camner nak dapat sponsor? hak3!!