Sunday 29 September 2013

Geram..sikit marah..makan, macam selalu..



Assalammualaikum wrt.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

” Demi Allah, sesungguhnya orang-orang Yahudi itu telah meyakini bahawa barang siapa yang menukar (kitab Allah) dengan sihir itu, maka tidak akan mendapatkan bagian (keuntungan) di akhirat. ”

(QS Al Baqarah: 102)

Semoga kita2 semua terpelihara dari semua perkara-perkara syirik yang semakin berleluasa. Akhir zaman ini, tiada siapa pun yang suci dari dosa sepenuhnya. Namun sebagai manusia yang di anugerahkan akal fikiran yang waras,

Bertindak lah seperti manusia.
Berperilaku lah seperti manusia.
Berfikir lah juga seperti org yg punya agama.

Jangan kata orang sekeliling..
Jangan kata orang asing..
Jangan kata kawan-kawan..
Bah kan, yg punya pertalian darah juga boleh mengkhianati.

Dari DIA kami datang, maka dari DIA juga kami bakal di kembalikan.
Tiada kuasa mahupun upaya tanpa izin dari DIA.
Kami berserah sepenuhnya tanpa ragu.
Kami berlindung hanya padaNYA.

Bertaubat lah sekiranya masih punya masa..
Beringatlah seandainya masih terleka..
Umur ibarat embun..
Mati itu pasti.

Tetiba..


Malas dah nak cakap..layan citer lain pulak yer ;)
Nampak apa tuh?
Yes..wraps.

Sejak di tayangkan iklan Mcdonalds breakfast wraps tuh kan, hidup bonda tak tenang. Asyik di hantui oleh request2 dari RYAN4 yang suruh bonda belikan wraps tuh. Nak kata bonda nih straight sangat dalam isu boikot barang israel dan punca pndapatan israel tu tak lah. Tapi, sebagai umat islam yg masih punya kesedaran..bonda sahut juga lah apa yg mampu.

Contohnya macam mcd nih..
Di sini tiada cawangan restoran ni, maksud bonda di kawasan kediaman kami. Di bahau tiada, di kuala pilah juga tiada. Maka, urusan untuk memboikot mcd berhasil lah jugak. Tapi budak2 kan, kadangkala depa lupa apa yg kita pesan..same goes to RYAN4. Merengek2 nak kan breakfast wraps mcd tuh. kalau sehari keluar iklan tuh 40kali, 40 kali depa tengok..maka 40 kali jugak lah telinga bonda nih bernanah2 dgr rengekan diorg.

Mintak ampun.

Sebagai solution nya, bonda buat jer sendiri Wraps ni ikut selera RYAN4. Hew3!! nampak tak kesungguhan boikot di situ..hambekk!. Makan lah korang sampai kembung pun, takde sapa yg teraniaya. Jimat pun jimat, dan hasilnya...


Apa bonda kisah kalau wraps bonda hodoh pommm..
Janji RYAN4 makan sambil berpujian tak habis.
Puas hati aku.
hik3!!.
Ok bye.


#Al fatihah buat ibu tersayang..


No comments :