Thursday 7 February 2013

~ Berbahagialah di dalam pelukan yang ESA ~



Assalammualaikum wrt.

Masih terbawa2 perasaan sedih kehilangan mujahidin kecil kita semua, Ahmad Adam Syukri tengahari semalam. Pagi nih lihat balik semua video arwah..

-nangis-

Betapa Allah swt menyayangi adam. Dikirimnya ke dunia melalui seorang ibu yang sangat2 tabah dan cekal. Bersama ayah yang tidak pernah jemu berusaha mahu melihat adam sihat seperti anak2 yang lain. Berbagai ujian telah mereka harungi untuk membiarkan adam terus di sisi...namun kasih sayang Allah swt itu lebih ber'erti. Berbahagialah dikau wahai bidadara syurga.

Mungkin matamu tidak pernah melihat indahnya dunia, namun mata mu mampu melihat betapa hebatnya syurga. Adam anak syurga, itu janji yang pasti. Hari ini mungkin ramai yang terluka dengan pemergianmu ke alam yang abadi, namun kami semua jua percaya bahawa itu lah sebaik2 tempat buatmu sayang...

Nantikan ibu jua ayahmu di pintu syurga..

Al Fatihah buat Ahmad Adam Syukri.


No comments :