Monday 18 February 2013

Minggu sarkas.



Assalammualaikum wrt.

Minggu nih sepi tanpa berita kan?

Korang sihat tak?

Kalau dah boleh baca blog tuh maknanya sihat lah kan? semoga apa pun yang korang buat masih berpaksikan kemanusiaan dan keagamaan yer suma2!!.

Minggu nih takde aktiviti.

Memerap kat umah sambil tgk RYAN4 buat sarkas.

Panjat sofa..

Panjat katil..

Panjat kabinet dan terjun tiruk..

Buat silap mata dengan semua barang rumah, especially remote astro.

Di sebabkan tak tahan dengan aksi2 yang mencabar mental serta fizikal, angkut RYAN4 ke pasar malam berdekatan.

Belikan belon yang macam2 bentuk tuh. Dimana setiap satu berharga 6.00 hengget.

Sila darabkan dengan 4..

Iya! jawapan nya 24.00 hengget.

2 daripada hasil 'pow' ayah tersebut musnah di dalam kereta akibat kerakusan mereka.

2 lagi selamat sampai di rumah, namun mendukacitakan bila satu di baham dek kipas bilik.

Dan hanya ini yang tinggal..

Sedang menghadap sakaratulmaut beliau.

Mudah2an pergi dengan tenang tanpa kecederaan parah seperti yang lain.



# Rasa macam nak bagi air rebusan belon jer..kejam tak?

*__________*

No comments :