Saturday 8 June 2013

Rezeki minggu ni, alhamdulillah!




Assalammualaikum wrt.

Salam ahad semua! Semoga hari ini hari kita semua lebih baik dari semalam2 yer..amin3!!. Macam biasalah hari minggu, bonda kerja. Cuti bonda nih jumaat sabtu jer, ahad bonda kerja. Tapi minggu nih bonda bercuti dari hari khamis tau, khamis arituh kan israq mikraj..untung dok N9, dapat cuti. Bila ada cuti extra nih lah baru rasa bangga den nih berhijrah ko nogori nih. Kalau tak, 'saya org KL okeh'...mwahaha!!.Dasar *_*

Cuti 3hari yang sgt2 awesome nih bonda awesome kan lagi dengan aktiviti membaking. Mencari sesuap nasik tambahan katanya..ambik lah tempahan org seketol dua. Selain dari membaca, mengemas dan memasak..bonda paling suka buat segala mak nenek membaking. Mula buat makan sendiri, tapi dah lama2 ada pulak peminat hasil tangan bonda yang tak seberapa nih. Bonda anggap nih rezeki RYAN4 bonda..alhamdulillah. Meh nak kasik tgk bonda yang amatur punya hasil baking. Bonda tak pernah masuk mana2 kelas masakan atau pun baking pun tau. Tok guru bonda hanyalah En.Goggle tersayang dan Pn.Youtube tercinta..keh3!!. Jom layan..

mini pavlova done on 09jun2013

terima kasih pada regular customer bonda..luv3!! ;)
Order terkejut untuk kejut suami katanya..deco pun terkejut,mahap :P


Eh! bonda ada baca satu article kata kan, org yang suka upload pic makanan nih org yg kurang siuman . Sapa punya kajian lah tuh gamaknya kan? mermandai jer nak label org tak siuman. Bonda sentap okeh! to be honest bonda suka upload apa yg bonda masak dan baking sbb nak bagi sumber inspirasi kat korang2 yang selalu pening2 nak masak apa tuh. Ingat jadi 'mak2' nih senang ker weih? ssh tau tak!. Hari2 kena pikir nak masak apa, nak hidang apa kat anak dengan laki. Lain lah kalau korang anak beranak jenis tak kisah makan luar hari2, tapi itu pun pening nak order apa kan?. Bonda nih jenis yg suka masak dan akan pastikan hari2 en.sayur dan RYAN4 makan dari air tangan bonda. Selagi terdaya nak kelentang kelentung kat dapur kan? esok2 kita tak tau. Ok lah korang..bye!



#AL FATIHAH BUAT IBU TERSAYANG..:(



No comments :