Saturday 1 June 2013

Selamat hari lahir sayang bonda ikish!!

Assalammualaikum wrt.


Ahad 02 JUN 2013.
Semalam 01 JUN 2013, hari lahir malaikat kecil bonda Muhammad Ryan Mukhlis. Ikish lahir tepat jam 10.17 minit pagi tahun 2008. Sama tarikh lahir dengan Agung ko! baru tahu setelah 5tahun..ades!

-tepuk dahi laju2-

Bukan tak alert tapi tah lah, bonda bukan nak kisah sgt pun tarikh lahir anak-anak bonda jatuh pada hari apa, sama dengan hari apa. Apa yang bonda tau, pada tarikh itu bonda melahirkan seorang bayi comel dengan seribu rahmat dari Allah swt. Anak-anak yg baru berhijrah dari syurga Allah swt hadir ke dunia melalui bonda dengan izinNYA jua. Alhamdulillah, pada usia 5tahun ini, Ikish membesar cukup sempurna dan senang di jaga. Punya dua orang adik memang agak awal bagi ikish, tapi bonda cukup bangga dengan semua rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang ikish tunjuk kan sepanjang 5tahun ini. Alhamdulillah.

Hanya dengan ciuman sayang kami raikan bufday ikish tahun nih. Kali pertama sejak 5tahun birthday si debab bonda nih takde kek. Cadangnya malam semalam bonda nak adakan sedikit majlis kecil2 lan buat ikish tapi plan berubah 360darjah daaa!!. Dalam kul 11.00 tgh adik ipar bonda call ajak bonda dan RYAN4 ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul Kuala Pilah. Penat mandi2 kat situ cargas ke Nilai pulak jejalan carik kain raya katanya. Korang tau tak, plan mengejut nih buat bonda tinggalkan rumah macam reban ayam..hoho!. Balik dari Nilai singgah seremban carik hadiah untuk bufday boy dan yang lain2. Hamik ko! sekali beli hadiah 4 ketol untuk 4 org budak tecik.

-nangis-

Sampai rumah jer dah hampir 10.00 malam. Encik2 RYAN4 dah terkangkang2 terlentang tido dalam keta. Habis kot celah mana pulak nak tiup lilin?. Dengan mata tertutup memasing, bonda buat kerahan mandi berjemaah. Ada yang meraung, merengek dan ada jugak yang blurr..haha!!. Tak kan tak nak mandi pulak kan? serius bonda rimas budak selekeh dan berbau 'achemmm'..hihi. Selesai mandi baru lah berbahagia tido kan korang, pandai tak bonda? sgt kan? mih3!!! (ssyyyhhh...sesekali nak UP, relakan ajer..kih3!!)

Sepanjang cuti sekolah diorg kali nih bonda memanfaatkan habis diorg..hek3!!. Takde lah nak buat deraan fizikal yang keterlaluan uols, bonda cuma agak kerap babitkan RYAN4 dalam aktiviti di dapur bonda jer. Bonda suh siang sayur, kopek ikan bilis, sapu dapur dan paling best pegang mixer bila bonda membaking..mwahaha!!. RYAN4 bonda apa lagi, mmg terlompat2 lah kan. Esok2 dah besar harapnya pandai ke dapur walaupun org bujang. Bukan nak sama macam kita org dewasa nih buat kan? alah..sekadar meregangkan otot diorg yg hadap Ultraman 24 jam tuh jer. Eh! jom layan pic diorg siang bayam nih..

Apa yg penting? kerjasama! mih3!!

Mula nak perang saudara dahhhh....alahai...:P

Sorang dah tertewas, tinggal lah dua >:O

Nampak tak hasil yang diorg buat? boleh lahhhhhhhh ^_^



#Al fatihah buat ibu tersayang...:/


1 comment :

Unknown said...

selamat ulang tahunye budak comel ikish
moga membesar jd anak yg baik

follow sini..ke 46..jemput singgah ke blog Yumida http://umikasum.blogspot.com