Sunday 18 August 2013

Cerita raya yg dah basi..layan kan aje!



Assalammualaikum wrt.

Hola3!!...hehe.
Mengade kan? dah syawal ke 12 baru nak tunjuk muka kat blog nih. Dah kalau asyik merayap 24jam tanpa henti selama 12hari, kat celah mana nak carik masa nak berblog kan?. Blogwalking pun bonda dah lama tak buat..ades!. Maap lah pada kawan2 yg ternanti-nanti cerita merepek dari bonda yer. ^_^

Bila tiba hari raya, semua org bergembira..termasuk lah kami keluarga besar nih. Sepanjang ramadhan memang tak sempat langsung berbuka di rumah saudara mara, berbuka di luar lagik lah tak buat. Satu kemegahan bila sepanjang ramadhan 1434hijrah ni bonda masak semua juadah berbuka, tanpa satu pun beli kat param..hew3!!.

-tepuk untuk diri sendiri..yeay!-

Berakhirnya ramadhan yang lalu dan menemukan semula syawal pada kami amatlah kami syukuri, alhamdulillah. Sampai jua kami ke syawal tahun ni. Kita ni manusia yang hanya menumpang sementara jer kat bumi tuhan ni kan? jadik sentiasa lah ingat akan kematian kerana bila tiba saat dan masa kita di jemput..tidak akan terlewat atau terawal barang sesaat. Sebab tu bila sedar diri hanya menumpang, kita kena jaga tiap langkah dan perkataan. Semoga urusan perjalanan kehidupan kita di berkati dan di redhai selalu, insyaAllah.

Eh! meh nak citer pasal raya kami, intro jer dah macam esei..alahai. Ni lah penyakit bonda, tak reti langsung buat karangan pendek..hoho. Ok..mula dengan hari mantai kami. Pagi mantai tuh adik demok bonda yg seketol datang dah kat umah bonda macam tahun lepas. Sampai2 jer carik RYAN4 dia lah kan, menyakat budak 4ketoi tuh sampai melalak-lalak..hihi. Bonda pulak kemaskan dapur dan kemas rumah sikit0sikit. kang balik raya tak lah senak perut tgk rumah..huhu. Petang nya baru kami berangkat balik ke rumah pusaka Arwah wan kami di kampung batang nyamor, rembau. Teruja nak ziarah rumah bidadari kami. Tahun ni hanya kami berdua raya bersama. 

Malam raya...
Berdentum-dentum sepupu sepapat bakar mercun dan main bunga apai. Takde seketol pun yg tunggu pengumuman raya..hik3!. Habis tua muda berlonggok kat depan rumah arwah mak lang. 8/8/2013 mengikut kalendar masihi, arwah bidadari kami genap setahun dan arwah kakak pada ibu pula genap 30hari. Setahun dan sebulan, bermakna 1syawal kami suram tanpa 2 insan istimewa ini. Biasanya tiap kali lebaran atau keraian, arwah mak lang yg akan menyediakan semuanya. Dari bakar lemang hingga lah rendang nya. Tahun ni kami buat sendiri semuanya. Memang terasa kelainan nya, namun apalah daya dan upaya kami. Perjanjian dengan Allah swt tidak mampu kami halang.

- Al fatihah buat ibu dan Mak lang kesayangan kami -

Raya pertama...
Destinasi wajib kami lepas solat raya ialah rumah baru ibu dan pusara-pusara ahli keluaga yg lain. Masa ni lah macam-macam perasaan timbul. Bonda dengan adik bermaafan pun di sini. Kami hadiahkan ibu surah yassin di pagi syawal bertemankan air mata yg turun bagai hujan. Sungguh! kami masih tak mampu menahan air mata bila berada bersama di hadapan pusara suram ibu. Kami rindu ibu. Sangat. Mungkin hanya kami berdua yang faham rasa itu.

Usai di pusara, kami meneruskan 'tour raya' kami ke rumah jiran-jiran kampung. Makan dan gelak menghiasi kunjungan. Acara kunjungan raya tahun ini kurang lagi pengikutnya. Namun tradisi berziarah tetap berjalan. Yang telah pergi kami iringi dengan kalamullah sebagai penghubung selagi hayat di kandung badan, insyaAllah. 

sekeping je lah yer..lain2 tgk kat FB bonda tau *_^


Raya kedua...
Ok. semalam sakan kami makan kat umah orang kan? so hari kedua ni kami pulak sakan makan kat umah sendiri. Kami sepakat nak ber'babeque pulak. Naik meloya tekak hadap nasik impit kuah kacang dgn lodeh kan? mwahaha!!. Jadiknya berbakaran lah kami raya kedua dengan tema 'ala-ala ko hader?'..hak3!!. Kami bakar udang, lamb shoulder, ayam, daging, franfurter, baby carrot, potato, isi ketam dan di makan pulak dgn baked bean n sos buatan bonda. Ok lah dari takde kan. Idak ler pandai mana nak buat sos, tapi ingat balik cara-cara arwah ibu buat dan modified sikit :P.

tukang-tukang bakar

gagah kan semua?

mandor baju merah

Anak-anak bonda ^_^

Antara penyumbang keriuhan.

Bersantai lah kami kat rumput tuh beralaskan tikar sekeping dua petang raya kedua tuh. Nampak tak betapa ramainya hero-hero bonda? kih3!!. Keluaga kami jarang dapat anak perempuan, lelaki jer semua. Bila berkumpul..macam nak terbalik rumah, haha!. Walaupun tak ramai, tapi kami happy that day. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..kerna berikan bonda dan RYAN4 sedikit kebahagiaan.

Raya ke 3 dan seterusnya...
Kami sekeluarga pulang ke kampung halaman en.sayur, di Sekinchan..Selangor. Rumah atok en.sayur buat tahlil dan open house. Sayangnya takde pun gambar di sana sempat bonda snap, kamera genggam kehabisan bateri dan kebetulan cuaca manjang tak mengizinkan. Rumah atok suami bonda ni terletak di tengah-tengah sawah yang saujana mata memandang, mmg sangat cantik view dia. Tapi masa balik itu hari tengah musim sawah baru masuk air untuk tanaman semula, so takde yg menarik..hew3!!. Sampai raya ke4 kami di sana, kemudian kami meneruskan misi berhari raya kami ke rumah makcik pakcik belah en.sayur pulak. Merata-rata hingga ke pahang kami terjah. Dan semalam baru bonda masuk kerja semula bertemankan batuk dan selsema yg menumpang. RYAN4 ok jer, sihat jer semua. Gagah dan gigih kumpul duit raya. Dah melebihi 1k duit raya diorg, alhamdulillah..murah rezeki anak-anak bonda.

Dah rasa baca novel lom? dah kan? hahaha!!. Cukup lah kot untuk kali ni. Esok-esok bonda bebel lagi yer. Nak balik lunch lah pulak, perut dah main gendang cina mati nih >:O. Before tutup entry, nak tayang gambar leleh ayaq liuq untuk korang...kih3!!

antara yg terkorban ;)

proses pembakaran.

hasilnya..jeng3!! sgt mabeles ^_^

2 comments :

Aidah said...

Sorilah dik. Tadi komain panjang lebar akak komen totibo error. Selamat hari raya dik. Maafkan segala kesalahan akak ya.

zeera lily said...

meriah raya siap buat bbq lg..ehehe..
btw jemput follow http://belogzeera.blogspot.com/