Wednesday, 9 October 2013

Aku anak flat.



Aku anak flat.

Ruang sempit satu bilik besarkan aku.
Simen bata alas kaki aku.
Di atas langit padang permainan aku.

Tak bisa aku bermain longkang.
Tak hadap aku main tanah.
Tak heran aku memanjat pokok.

Bertahun aku di awangan.
Bertahun aku bergentayangan.
Semua kerana aku anak flat.

Tidak pernah ada rungutan.
Walau satu lontaran keluhan.
Itu sahaja kemampuan.
Buat kami golongan pertengahan.

Masih bersyukur walau ruang sempit..asal tidak di bawah jambatan.
Masih bersyukur memijak simen..asal bukan kerikil jalanan.
Masih bersyukur dan tidak kufur.


Alhamdulillah.

- aku budak Flat Sri Sarawak, BLOK C..3-10-E -

#Al fatihah buat bidadariku sayang..setahun 2bulan kita terpisah jasad, rindu ibu :(

4 comments :

nurul_diya m. nor al-haj said...

Bersyukurlah masih ada tempat perlindungan...

Bonda Ryan said...

Alhamdulillah, dari jadik gelandangan kan? tak gitu?..hihi ^_^

ShahK1 said...

Dari tahun 1975 hingga 1979 saya berada di West Country Estate. tinggal di ruang berkeluasan 10' X 10' bertemankan sebuah almari 1 pangkin dan 1 peti TV bersama 1bu, ayah dan seorang kakak. Tiada rasa tak puas hati atau keluhan. Ingin rasanya saya melawat semula tempat tersebut yang khabarnya kini berhampiran Equatorial Hotel...

faraherda.razalan said...

Akak pun pnh membsr kat berek polis bilik satu. Syukur. Bukan selamanya kite biarkan diri susah. Tapi tak semestinya kite kena telan klu ade somebody yg susahkan dan bebankan hidup kite or keturunan kita akan dtg semata utk kekayaan mrk. Yg mungkar, kite tetap kena tolak. Kan?

Wah....lari topik akak ni.