Sunday 13 October 2013

Saya anak dara? ishhhhhh....


Assalammualaikum wrt.

Al fatihah buat Allahyarhamah mak lang yang dah pergi mendahalui kami selama 100 hari.

Hari ni tahlil Allahyarhamah.

Bonda sejak semalam berada di kampung,
membantu apa yang patut.

Memang terasa kehilangan Arwah.

Dulu...bangun pagi jer dah terbau-bau nasik goreng,
bee hon goreng dan lain2 sarapan pagi.

Kali ni..

Bangun pagi jer kami terkial-kial ke dapur
termenung apa yg nak di sarap kan.

Padan muka kami.

Seperti selalu, bila ada kenduri kendara di kampung, tukang-tukang masaknya hanyalah wan2 ongah yang sgt galak bercerita sambil mengacau gulai..hihi.
Bertambah perasa ^_^

Namun tiada sekeping pun gambar yg berjaya bonda abadikan.
Semua kerana ke hulu ke hilir melayan wan-wan yg sibuk meminta itu dan ini. The best part bila tetiba rasa anak dara..kah3!!. Mana tak nya..ayat seruan mereka pada bonda seperti..

'ooii dagho, mano garam eh?'
'gho..amik an gulo sosudu'

Haaa!! nampak tak?
Ai dara uuu??

Tetiba malu sendiri...







No comments :