Sunday, 8 July 2012

Kenangan di suatu senja 8 julai 2012




Menjadi ibu kepada 4 orang anak lelaki yang jarak umur ibarat tangga memang sgt2 mencabar..

Sungguh!!! tak tipu.

Kalau tiada kesabaran setinggi gunung jangan lah berani berumah di tepi pantai.

Adoi!! takde kaitan eh anak 4 dengan pantai dan gunung??

Abaikan jer lah yer...hok aloh :P

Secara terus terang bonda meluahkan dari sudut kehidupan bonda sehari2.

Kadangkala mahu ber'ibadah pun bonda tak mampu fokus.

Bila mana bonda nekad tutup pintu bilik, maka terjerit2 lah mereka di luar.

Bonda tak rela pintu bilik roboh..huhu.

Lantaran tumbukan2 dari tangan2 kecil mereka.

Maka selalunya hati kapas ini akan membuka pintu dan pinta mereka berjanji tidak akan mengganggu bonda berurusan dengan PENCIPTA..Allah swt.

Janji...Janji..Janji dan terus berjanji.

Begitulah anak sekecil mereka..janji macam makan gula2 jer, hilang manis maka hilang lah rasa.

Namun malam tadi bonda terpaksa menggunakan helah yang hagak langsi..huhu.

Akhirnya mereka menyesali perbuatan mereka yang :

1) Bergusti di depan sejadah bonda.
2) Main atas katil macam di padang bola.
3) Pecahkan odorono ayah (sapa tak tau 'odorono' sila goggle klu pakcik goggle tahu lah..hihi)
4) Meratakan baki odorono di atas meja mekap bonda.

Dengan doa yang bersungguh sampai ter'esak2
(klu dah besor..kira macam taubat nasuha ler tuh..katanya ^_^)

Nak tengok??


Haaa!!! ade video 'bondarazzi' sempat record,




*Sila perhatikan c 'ultra biru' aka abg ngah tuh..macam tak taubat jer..i pollo jer gayanya tuh..haih




No comments :