Saturday, 14 July 2012

Tentang rasa kami *_*



Assalammualaikum wrt..


Nak kongsi satu cerita, satu harapan dan satu tangungjawab.


Teruskan bila kalian rasa kalian serius..teruskan bila kalian rasa kalian seorang anak..ibu..ayah dan penjaga.


Tapi hentikan bila kalian tidak bisa merasakan ini semua.


Hentikan bila mana kalian tidak rasa mahu meneruskan membaca entry yang hari ini berbaur kesuraman. Sungguh!!! entry ini hanyalah luahan rasa dan bicara antara dua ibu yang sedang di uji..Sumpah i swear!! (sambil angkat dua jari)


Kepada follower..silent reader or sesapa saja yang masuk melawat blog bonda nih. Mungkin kalian akan perasan satu atau dua entry di blog bonda ini mendoakan seseorang. Seseorang yang bonda gelarkan 'bidadari'. Kalian tahu siapa 'bidadari' yang bonda maksudkan?..teeeettt!!! salah, beliau bukanlah sailor moon..mak eton sebelah rumah atau pun mak mertua kesayangan.

'Bidadari' itu ialah ibu bonda..wanita yang dah mengandungkan bonda 9bulan terlebih hari (org tua2 kata bunting gajah..lambat benor lahirnya..hihi). Wanita yang menjadi tulang belakang bonda dari dulu hinggalah kini. Cuma bezanya kini bonda pulak jadik tulang belakang. Haruslah pada en.sayur pengarang hati intan payung (time baik dan tak perang..ekeke). Aik!! camner tulang belakang ade tulang belakang??..syyyhhhh...jangan banyak persoalan sgt kat otak tuh..karang terlebih pikir..sasau, mahu?.Abaikan. Iya...'Bidadari' bonda yang bernama Pn.Eshah binti Pendek.



Segalanya bermula bila 'bidadari' bonda di sahkan menghidap Lung Cancer stage IV pada 27 Disember 2011. Bagaikan halilintar semuanya terjadi. Pantas dan merampas semua senyuman ibu. Bonda orang pertama di beritahu lantaran menjaga ibu di hospital pada ketika itu hanya tersenyum. Bukan tak sedih..bukan juga tak hiba, tapi bonda tak percaya!!. Ibu berada di dalam keadaan yang baik2 saja..hanya batuk yang menjadi punca. Ajal maut semua kuasa Allah swt..DIA yang memilih kami memikul ujian kali ini. Bonda redha..bonda pasrah bila bonda sedar yang jika kita rasa teraniaya@ tidak adil percaturan hidup ini samalah seperti kita tak bersyukur dengan segala kurniaan.

ALHAMDULILLAH...sudah hampir 7bulan bonda masih di sini. Menjadi anak pada seoarng ibu yang uzur..menjadi ibu pada 4 ketol RYAN4 yang macam 'ulat beluncas' dan menjadi isteri pada seorang suami yang berjanggut encem (tetiba pomote laki sendiri..ape kes?). Masih bekerja dan berulang alik ke kuala lumpur seminggu sekali. Penat?..jangan persoalkan di mana tenaga bonda cilok utk melakukan semua kerja dalam satu masa. Berbakti pada orang tua itu wajib..menjadi ibu dan isteri yang berada di sisi anak dan suami juga wajib. Jadi boleh kah bonda punya pilihan??. Bonda rasa bonda terpilih dan memang sukar untuk melaluinya. Namun pernah ker kita terfikir yang sesukar mana pun tanggungjawab kita..seteruk mana pun ujian kita..ade yang lagik hebat ALLAH swt uji.

Takdir Allah swt telah menemukan bonda dengan ramai orang yang rata2 punya pengalaman tentang 'silent killer' ini. Salah seorang darinya seorang ibu yang anak beliau menghidap kanser darah @ Leukimia stage IV juga. Allahuakhbar!! besar sungguh dugaan ALLAH swt pada anak comel dan ibu muda ini. Pada kunjungan  yang entah berapa kali ke HUKM tempohari..bonda sempat melawat anak comel yang  bernama 'AMYRA BALQIS'. Siapa sangka anak comel bertubuh mungil ini menderita kanser yang berat. Bonda bersua muka dan berkongsi rasa dengan ibunda 'myra'. Banyak yang bonda pelajari..banyak yang bonda selusuri. Segala-galanya tampak mudah..tampak jelas. Namun percaya lah..hanya yang pernah melalui sahaja akan dapat merasai gelora hati kami. Nasib kami sama..namun ibunda 'myra' lebih berat ujiannya. Berpisah dengan suami dan anak-anak yang lain bukan lah seperti makan asam..tidak mudah!. Begitu juga dengan bonda..membahagikan masa antara kesemua kesayangan dan tanggungjawab pada pekerjaan amatlah memerlukan tenaga extra. Namun ALLAH swt tidak kejam..di berinya kami ujian sebegini hebat..maka dberi juga tenaga yang extra dari kaum2 ibu yang lain.

Pada kesempatan ini..dengan rasa rendah diri bonda menyeru pada semua pembaca blog pitisan ini agar sudilah kiranya kita membantu ibu yang tidak bernasib baik ini. Kita kurangkan lah beban 'myra' sekeluaga. Mari kita menyumbang sedikit keprihatinan dengan cara membantu dari pelbagai sudut. Mudah-mudahan sumbangan kita mendapat ganjaran di SANA nanti. AMIN.






Berikut ialah detail nya :


 FACEBOOK
Erna Fantasia (acc maybank- 112054047075 Herna binti Selamat)
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=218575741594475&set=a.216498255135557.47386.100003261522053&type=1&theater

No comments :