Thursday 7 February 2013

Cikgu import...



Assalammualaikum wrt.

Pagi nih sedikit suram. Hujan sepanjang pagi, sejuk dan tenang. Pertama sekali bonda doakan semoga kita2 semua dlindungi dan rahmati pada pagi jumaat yang penuh barakah nih. Bonda doakan juga agar urusan pengebumian mujahidin kecil kita, Ahmad Adam Syukri berjalan lancar.InsyaAllah.

Ok! namoh sedih2 lagik, moh sini bonda nak citer sikit pasal RYAN4 malam semalam. Dah masuk bulan dua kan? so aktiviti ulangkaji pada waktu malam telah mula giat di lancarkan oleh ketua kumpulan berketol2, siapa lagik kalau bukan en.sayur aka laki bonda leeeerrrrr...hik3!!. Untuk pengetahuan korang semua, en.sayur nih merangkap guru besar dalam ulangkaji malam hari nih. Bonda hanyalah sekadar kerani merangkap pencacai buat air..huk3!! kan? sedihkan?. Tapi itu takde lah motip nak larik kan diri dari didik anak tau, semua sebab bonda hati kapas korannnggggg....tak sampai hati nak buat deraan mental apatah lagik fizikal kat 3ketol tuh. yer...3 ketol jer yang skolah dah, seketol lagik masih duduk di rumah pengasuh dengan senang hati tanpa rasa tertekan :P

Taaapiiiiiii.....malam tadi bonda terpaksa jadik guru import. Jangan korang ingat bola jer ada pemain import tahu tak? cikgu pun hader. Haa!! gitu lah gamaknya peranan bonda malam tadik. Semua gara2 en.sayur tak makan ubat penenang, atau pun bonda suspect dia nak datang period macam bonda..hak3!!. Angin dia malam tadik, fuuuhhhh!!! senyap sunyi rumah bonda tau korang. Kami semua menikus jer macam nampak kucing galak lapor tikus..haih!. Dari membiarkan RYAN4 terus menerus jadik tikus yang mata kelip2 takut kucing, bonda pun amik 2 ketol take over ajar buat latihan menulis. En.sayur amik yang abang miqail jer pasal abang miqail kurang cikit buat dia hypertension..mwahaha!!.

Alah..bonda bukan buat apa pun, tgk kan diorg dua ketol buat latihan jer. Si mukhlis dengan Muhaimin. Mukhlis abang dan muhaimin adik, tapi buat masa nih..muhaimin lebih menunjuk kan peningkatan dalam apa pun subjek.Alhamdulillah. Mukhlis tertinggal sedikit dari adik dia. Mungkin gear dia lambat pick up sikit..kereta lama barangkali..adehh!!. Tapi bonda percaya...ikish akan setaraf malah lebih lagi dari adik dia tuh. Bonda percaya ^_^

Muhaimin kiri-------Mukhlis kanan.

' Bonda, kenapa ikish punya senang sgt nih? Oooohhh sebab ikish putih, orang putih mmg dapat kerja sekolah senang '
( Confident sungguh!..ceh! )
Balas emin..

' Yer lah...imin hitam, tuh dapat yang susah2..haaaiiiiii '
( ngeluh ko..haha!! )

Ada pulak kerja sekolah ada kaitan dengan hitam putih kulit kan? korang mmg sengaja nak buat bonda korang nih derhaka muka 'cikgu import' kan? tahu bonda hati kapas, saja jer nak bagi bonda gelak...ekeke!!!. Mukhlis masih terkial2 nak pegang pensil, tu pasal bonda decided suh dia buat line2, ombak titik2 jer dulu. Emin dah pandai buat huruf, no need ikut garisan putus2 pun dah pandai tulis A----Z. Sat g diorg gigih nak kaitkan dengan hitam putih kulit pulak, takde kena mengena okeh, heeppp!. Itu cerita 2 ketol yang kat dalam bilik..korang nak tau seketol yang kat luar apa jadik? jom!



Opocott!!! tanjat boboi tau! ekekeke!!, malang sungguhlah bila guru besar yang ngajar. Memang terperanjat sokmo lah gamaknya.

' C dengan I = BUNYINYA 'ci '

Tapi hero sulung bonda nih kata bunyi nya ' TON ', Haaa!! nampak tak mana datangnya bunyi ' ton ' itu? hahaha!! haruslah guru besar jegilkan mata kan?, tambahan pulak hormon tengah tak stabil keeennn? pantang salah sikit..ades!. Seketol budak kecik yang tgh buat high five tuh abaikan jer, pasal dia bertugas sebagai penyibuk setiap malam. Suruh kaler buku upin ipin dia tuh, dah dua bulan uuoollsss...dok mata jer lah yang terkaler, masih konpius nak kaler warna apa bahagian badan yang lain...tepuk dahi! :P

Kesimpulan dari entry yang merepek dan meraban takde hala tujuan nih ialah bonda nak balik kl hari nih...sekian.

#kenyit mata sekalik ^_*

Al fatihah buat ibu tersayang 8/8/2012-----8/2/2013.

1 comment :

azieazah said...

Dapat anak murid yang cerdik camtu, silap-silap depa yang ajar cikgu balik. Hahaha