Wednesday 13 February 2013

Dia bidadari saya...



Assalammualaikum wrt.

Hari nih dah 189 hari ibu tinggalkan kak ija.
Selama 189 hari nih juga macam2 perkara dah berlaku.
Rasa macam baru semalam kak ija duk depan doktor kat IPR
(Institut Perubatan Respiratori)
dengar report medical ibu.
Kak ija sesorang jer waktu tuh.
Ayah kerja.
Adik kerja.
Abang kerja.

Ibu...
Mengigil tangan kak ija genggam pen doktor bagi.
Tak tau nak kata apa.
Hati nih remuk.
Jiwa nih lemah.
Semangat hilang.
Bila ibu di sahkan kanser tahap akhir.

Nak jer jerit kat doktor tuh kata dia tipu. Baru minggu lepas kita pergi PD sesama kan ibu?
Kita main tanam2 RYAN4 dengan yasmin kesayangan ibu tuh dalam pasir.
Ibu sihat!
Ibu gelak!
Ibu sapu pasir kat dahi masyal.
Tapi kenapa minggu nih ibu sakit?

KENAPA?

Kak ija sesorang jer hadap doktor tuh sambil dengar cakap2 dia yang satu pun dah tak masuk dalam kepala. Penat tangan nih seka air mata yang tak mahu berhenti2. Seksa tahan perasaan yang celaru. Doktor suruh kak ija bagitau ibu tentang sakit ibu. Tapi bu...kak ija tak mahu! tak mahu buat ibu terluka dengan khabar dari mulut anak yang sudah selalu melukakan ibu. Kak ija kan banyak uji ibu? kak ija nakal. Tapi bu...untuk kali ini, kak ija harap ibu faham..kak ija tak sampai hati!!

Ibu..
Bising mulut ibu tanya kenapa kak ija lama kat bilik doktor. Kak ija tak tau nak cakap apa. maafkan kak ija sebab tipu ibu, kak ija kata doktor dah tak bagi ibu mandi malam kan? lepas tu kalau ibu tau..kak ija masuk bilik air call ayah, call abg, call adik bgtau tentang sakit ibu. kak ija menangis semahu2nya dalam bilik air. kak ija tak sampai hati nak nangis depan ibu.

Bila doktor sendiri datang nak sampaikan berita jahat tu, kak ija duduk kat belakang ibu..usap belakang ibu. kak ija nampak ibu tak berbunyi pun, ibu diam jer. ibu dengar jer apa doktor kata. Tapi bila kak ija amati pipi ibu, tengok air mata ibu macam hujan. Ibu nangis tanpa suara!, subhan'Allah kuatnya ibu. Ibu genggam tangan kak ija. kak ija peluk ibu kuat2. Ya Allah...hanya dia yang tau, betapa lumatnya hati kak ija tengok ibu macam tuh.

Ibu..
8bulan 16hari kita sama2 harungi semuanya bersama2. Macam2 rawatan kita cuba untuk pulihkan ibu. Semua sebab kita tak mahu tubuh kurus ibu di sakiti jarum kimoterapi. Sampai satu tahap, ibu kata..

" Bagi lah ibu rasa kimoterapi tuh sekali pun jadilah. mana tau ibu boleh sihat pulak. tak sabar dah ibu nak sihat "

Ibu..
ibu..
ibu..

Kita hanya merancang, tapi Allah swt lebih sayangkan ibu. Perancangan DIA lebih baik. Ibu sempat rasa sekali jer kimoterapi sebelum ibu menutup mata. Masih kak ija tak lupa pesan ibu. Ibu tinggalkan kak ija pesanan macam tau jer yang ibu nak tinggalkan kak ija. Ibu mintak kak ija jaga ayah, jaga adik, bgtau semua tentang hutang ibu yang sudah selesai dll.

4 ogos 2012..
Ibu di serang sawan secara mengejut. Baru semalam kak ija balik tinggalkan ibu. Kak ija sampai jer tengok ibu sudah dberikan compressed oxygen, tangan ibu gapai kami anak2 ibu. Ya Allah..ini ujian paling berat buat kak ija ibu. Esoknya ibu masih tiada perubahan. sekali lagi doktor menarik kami seorang demi seorang untuk bersedia bagi sebarang kemungkinan. Ibu!! diorg tipu tau ibu, ibu kuat lagi kak ija tengok. ibu masih buang air di dalam bilik air. ibu gosok gigi ibu sendiri. ibu gosok kuku dengan tapak tangan ibu sendiri. ibu tak beri kak ija 'sucikan' ibu pun, semua ibu buat sendiri. Tapi kenapa diorg kata gitu....

Ibu..hari nih masuk 5 hari ibu kat ward icu onchology HUKM. Malam tadi sepicing pun ibu tak bagi kak ija lelap. Ibu gelisah. Ibu sakit sangat ker? kalau lah boleh di pindahkan sakit itu ibu, ambil lah jasad kak ija nih ibu buat ganti.Ambik lah ibu.

-nangis-

Subuh 8 Ogos 2012. Ibu mintak kak ija teman ibu ke bilik air..tukarkan baju ibu. kak ija lap badan ibu. ibu nampak tak bermaya subuh nih, letih tak tido malam tadi agaknya. Kak ija pakaikan ibu pakaian baru, lap badan ibu dan bedak kan ibu. Tapi...tiba2, ibu longlai. leher ibu lembik. Ibu tak mampu dah nak berdiri. Ibu kata ibu ngantuk..ibu penat. Uda dukung ibu ke katil. kak ija tanya ibu nak tido ker? ibu rasa selesa tak? ibu angguk kepala. Rupanya ibu...itu kali terakhir kita menatap mata dan berbicara.Terakhir kali ibu...

Ibu..
sepanjang hari tuh ibu tidur jer. Nafas ibu makin berat kak ija tengok. Kak ija tau masa ibu dah dekat. kak ija baca yassin banyak2 kat surau supaya semua urusan ibu berjalan lancar. Cukup lah ibu..cukuplah 8bulan kak ija jadik saksi semua derita ibu. 8 bulan kita kongsi semua cerita. Kak ija sayang ibu, sayang sangat2!!. Ampunkan kak ija bu..jika 8 bulan nih kak ija kadangkala tak mampu jadik pendengar yang baik. Kak ija nangis kala ibu cerita tentang kesakitan ibu. kak ija takde kuasa untuk pulihkan ibu. kak ija hanya mampu buat sehabis baik untuk jaga ibu sepanjang ibu di uji ini. kak ija pedulikan kata2 orang yang kata kak ija abaikan suami, abaikan RYAN4. Hanya Allah swt jer yang melihat seberapa kerap kak ija menangis sepanjang perjalanan Negeri sembilan- Kuala lumpur sepanjang ibu sakit. Hanya Allah swt jer yang mengerti saratnya kesedihan hati ini ibu. Hanya Allah swt jer yang tahu isi hati dan nawaitu nih bu.

Ibu..
8.01 minit malam..8 ogos 2012 ibu pergi buat selama2nya. Ibu tinggalkan juga kak ija. Tinggalkan kak ija ketika kak ija bersujud menghadap belas kasihanNYA buat ibu. Ibu...damailah ibu di sana. Ibu seorang isteri dan ibu yang terbaik pernah kak ija lihat. Ibu cekal dan teguh seperti sri kandi. Syurga lah tempat buat ibu yang melahirkan dan membesarkan kak ija. Tiada siapa yang mampu gantikan tempat ibu di dunia mahupun di akhirat nanti.

09 Ogos 2012. Kak ija mandikan ibu selepas subuh. Ustazah di situ menemani kami. Ayah, adik, abg aji, kak ct, abg uji dan kak ija yang mandikan ibu. kami anak2 ibu yang gosok badan ibu buat terakhir kali. kak ija cium dahi ibu banyak kali. sejuk. Kak ija pandang wajah ibu. bersih.  Ibu nampak tenang. Alhamdulillah bila mana semua saudara dan jiran yang datang menziarah kata ibu cantik. Wajah ibu suci. Ibu seolah2 tersenyum dan sampai sekarang senyuman terakhir ibu itu di sebut2 orang. Mungkin ada kebaikan yang ibu buat terang di mata Allah swt dan kabur di mata dunia. Alhamdulillah. Semua urusan berjalan lancar ibu. Kami dah pun pulangkan bidadari kami semula. Sampai saat ini kak ija masih tak mampu nak lupakan semua cerita duka 8bulan kita bu.

Ibu..
Tiap kali kerinduan itu datang, terasa pedih menusuk ke dasar hati ibu. Kak ija kalah dengan rasa tu. kak ija rindu ibu,

Al Fatihah buat ibu tersayang.....


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud






2 comments :

Finie Sabari said...

Air mata turun bagaikan hujan yg tidak berhenti.... T_T

Anonymous said...

Alfatihah.Semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang yang solih dan diberkati