Tuesday 26 March 2013

Tak bertajuk..



Assalammualaikum wrt.


Hidup ini penuh ujian.

Selagi nafas di hela..

Selagi itu kita terus lelah untuk hidup.

Bukan cerita dongeng bila keluarga
tak lagi bersatu.

Bukan cerita dongeng jugak untuk kita
berkhayal sebagai seorang puteri.

Ini hidup.

Ini realiti.

Hadap suka atau tak.

Walau kadangkala rasa nak lari sejauh mungkin.

Persetan kan semua!

Lari jauh2 bawa semua kasih sayang.

Bawa semua kenangan terindah.

Berkelana di daerah sunyi.

Bersendiri.

Bersemadi hanya di kelilingi yang menghargai.

RYAN4.

Suami duniawi.

Kerna itu yang hakiki dalam menempuhi
kehidupan yang makin menjauhi.

Sumpah aku benci!

Benci dengan semua yang terjadi.

Tapi itu lah takdir Illahi.

Yang menguji sekuat mana aku
 tempuhi jalan yang berduri.

Aku pasrah bukan menyerah.

Aku pasti suatu hari nanti

Akan menanti aku cahaya di hujung cerita.

Aku lilin yang menerangi.

Semua yang aku sayangi.


#Al fatihah buat ibu tersayang, kami rindu ibu.

1 comment :

Aidah said...

Akak jugak punya rasa seperti ini kadang2 dik. Bila diuji dgn sakit mak, saudara mara pulak berprasangka buruk dan seakan berpuas hati bila mak akak sakit. Kalau ikutkan hati mahu je jerit sekuat hati, bagi gegar semua. Tapi sabar je lah kan. Itu je yang kita ada.