Sunday 17 March 2013

Tolong pikirkan tajuk..^_^



Assalammualaikum wrt.

Macam yang bonda cakap arituh kan, minggu nih nak ziarah pusara bidadari bonda. Pejam celik, pejam celik dah lapan bulan Allahyarhamah tinggalkan kami. 8bulan ibu sakit, bonda terasa seperti bertahun2. Tapi bila ibu dah tinggalkan bonda, rasa macam sekejap jer masa tuh berlalu.

Al Fatihah.

Bonda pernah kot tulis kat sini pasal penanaman pokok yang bonda usahakan di 'rumah baru' ibu kerap kali menemui kegagalan. Siapa lagi peyumbang kegagalan kalau bukan 'Encik Embek' tuh. Pelahap betol lah mereka2 itu. Pokok apa pun pasti di ratah dengan kejam. Diorg mmg takde akal untuk pikir sentimental value yg ada kat pokok yang kami tanam tuh.

#terima dengan muncung mulut.

Kali ini dengan penuh rasa geram dan tawakal, ayah bonda gigih pegi tanam pokok yang baru. Tapi bukan setakat tanam jer...beliau gagah pagarkan sekali..hahaha!!. Inilah yang di katakan saat2 membalas dendam kesumat. Bonda pasti dan yakin!! air liur 'Encik Embek' tersebut pasti meleleh je lah gamaknya, nak di ragut? mampu ker??

#gelak jahat sikit...whoahaha!!.



Kan?
Dapat bayangkan tak 'kelelehan' 'keliuran' mereka? .Tinggi kot pagar tuh, paras dada bonda. Ok..bagi korang tak tinggilah kot, tapi orang yang petite 146cm seperti bonda kerasaan ketinggian itu wajar kot :P. Mudah2an pokok itu membesar dengan sihat dan kuat tanpa gangguan lagi. Harap sangat.

- Cerita pagar pokok tutup -

Sekarang nak citer pasal penambah baikan (ada ayat gini tak? kira ada lah yer..huhu) rumah kami pulak. Start si RYAN4 dah pandai bercakap nih, bonda dan ayah selalu di tinju dengan ayat2 smash dari diorg. 

Contoh 1
" Ayah kata tak baik gaduh adik beradik,
tapi ayah gaduh dengan isteri boleh pulak?? "

Contoh 2
" Bonda kata, ibu bapa sayangkan anak2..tapi kenapa bila anak2 nak tengok cartoon network, ibu bapa marah..tak sayang lah tuh "

Ok tak moh bagi contoh banyak2, kang korang kata bonda beranak kan 'orang tua' yang berselindung di balik tubuh badan kanak2 pulak kan?..huhu. Memandangkan cuaca sekarang dah masuk musim panas dan bukan lagi musim hujan yang sejuk2 tuh kan, makanya RYAN4 selalu complain badan demam. Padahal bukan demam pun korang, cuaca panas..badan pun panas lah kan. Saja jer diorg bagi alasan tak moh g kinder.


Gambar di atas nih penyelesaian yang encik.sayur ambil bagi menangani operasi mogok beramai2 encik2 RYAN4 tersebut.  Harapkan bonda cari penyelesaian? mimpi jer lah yer anak2. Bonda ni rajin masak dan jaga rumah jer, nak layan mogok korang harap maap..takde perasaan..huhu ^_^. Lepas apek nih buat kerja, bonda rasa napas bonda turun naik banyak kali tau tak. Habuk batu serata rumah, termasuk kat muka2 mereka yang sering lancarkan mogok. haaa!! padan muka, suh duk bilik tak moh, sibuk gak berbaris  menyeringai tengok apek tuh. Setelah penat berhabuk2 muka, Hasilnya terlekat lah menatang nih kat ruang tamu.


Terima kasih pada penaja benda alah nih, pasni kalau ada lagi mogok tak moh g kinder, ai rela dengar u ber'khutbah kat RYAN4 encik sayur yer. Macam gini barulah boleh di gelar ayah mithali, tapi kalau u nak naik taraf jadik suami mithali..kenalah beli satu lagi letak dalam bilik kita pulak..ekeke!!.

Rasanya dah habis dah citer untuk minggu nih korang, minggu depan bonda cuti lama..selasa - sabtu, 5 hari lah gamaknya terlentang tertonggeng jadik driver RYAN4. Nanti bonda hupdate lagi yer...bubai sayang2 bonda semua!!

^________________^

No comments :