Sunday 3 March 2013

Mati itu pasti...



Assalammualaikum wrt.

1st of all, Al Fatihah buat semua perwira2 negara yang terkorban di LD serta di Samporna. Semoga roh mereka dicucuri rahmat serta belas dari Allah swt. Tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman, ampuni mereka seperti 'Shahidin2' yang lain. Lapangkan kubur mereka, hindarkan mereka dari azab kubur serta terangi lah kubur mereka seperti taman2 syurga.

AMIN.

Shahid mereka kerana mempertahankan bumi Malaysia, tanah tumpah darah mereka. Sungguh mulia cara mereka kembali kepadaMU. Jika di berikan peluang dan ruang, bonda juga berani memikul senjata mempertahankan Malaysia. Bonda sayangkan Malaysia dan keharmoniannya. Lindungi dan akhirilah semua ujian ini, bonda mohon.

- Sebak -

Macam yg bonda tulis pada entry sebelum ni. dah seminggu bonda tak ziarah bidadari bonda di rumah baru ibu. Jadinya minggu nih bonda luangkan masa yang tidak seberapa berteluku di pusara dan membersihkan pusara ibu. Semuanya masih sama. Ibu tetap dah tiada walaupun berjuta kali air mata telah bonda tumpahkan. Berguni cerita bonda khabarkan. Pusara itu tetap sepi..

Kaku..
Sunyi..
Aman..

Di temani kicauan burung dan desir angin. Sumpah! bonda terlalu rindukan ibu. Jika di lihat orang pasti bonda di cop sebagai orang yang tak waras. Tapi cukup bonda katakan, menziarahi ibu adalah terapi yang mengawal perasaan sedih ini. Minggu ini bonda di temani adik, ayah dan makcik yang tak pernah jemu bersama2 bonda mengharungi kehidupan selepas ketiadaan ibu. Ayah bonda, sebulan sekali pasti hadir di pusara sepi ini melepas rindu. Kami rindu ibu..

Rumah baru ibu..

 Bonda datang minggu ini bersama Ryan Mukhlis dan Ryan Masyal jer. 2ketol RYAN4 lagik tak mahu turut serta. Dah besar kononnya. Anak2...begitulah, kesedihan mereka tidak seperti kita orang dewasa. Apa yang berlaku hari ini lambat laun akan lenyap di fikiran mereka seperti angin yang membawa debu. Mudahkan jadi anak2...apa pun yang terjadi di tinggalkan sebagai kenangan. Tapi kita? sesuatu yang singgah di perjalanan kedewasaan pasti kekal di ingatan. Buruk atau baik sesuatu itu jika kita melaluinya pasti kita terkesan.

Tengok Ryan Masyal, berdoa dan makan
di perkuburan amatlah menyenangkan beliau.anak oohh anak..

Sedangkan kami? bertafakur dan mengirim yassin di temani air mata yang tidak usai berhenti. Kami redha..kami pasrah masa ibu sudah tiba. Tapi kesedihan itu...




#Al fatihah buat ibu ku tersayang..:'(



No comments :