Sunday 14 April 2013

Bidadari itu datang...^_^



Assalammualaikum wrt.

Tak tau mana nak mula. Macam mana nak cerita. Tapi bonda nak kongsikan jugak kat blog nih pasal bukan mudah perkara ini terjadi, bukan senang jugak bonda nak alami perkara yang indah begini setelah pemergian Allahyarhamah bidadari itu.

Tiap2 malam sebelum tido bonda harap dapat jumpa ibu. Tiap2 hari tanpa jemu selama 8bulan ini Al fatihah yang bonda kirim beserta harapan agar ibu hadir dalam mimpi2 bonda.

Alhamdulillah.

Jumaat yang lepas, bonda di beri izin untuk jumpa ibu sekali lagi. Terima kasih Allah, terima kasih kerana hadirkan ibu di dalam kematian sementara bonda. Tak lama. Tapi cukup untuk melepas rindu. Terima kasih.

Ibu datang ke rumah bonda, duduk di sofa bonda sambil memandang bonda. Pakai sweater terakhir sebelum ibu tinggalkan kami, sweater bonda. Bonda peluk ibu. Nangis2 kata rindu, pegang tangan ibu kata syukur ibu ada balik.

-nangis-

Pegang kaki ibu, sejuk!. Bonda kata kat ibu kenapa takde sock? mana sock ibu. dalam bising2 tuh bonda bangun untuk ambik kan sock ibu, bonda terjaga. Indahnya mimpi tuh. Seronoknya dapat peluk ibu. Syukur dapat jumpa ibu walaupun sekejap. Ada yang berkata itu mainan tidur, mungkin. Ada jugak yang menyindir kata itu syaitan yang menyesatkan, mungkin. Tapi apa pun andaian nya, cukup buat bonda bersemangat bila tersedar.

Ok tu aje nak cerita untuk entry nih, kang cerita banyak2 kang kata bonda malas taip entry kan? hik3!. satu tajuk berduyun cerita dalamnya, haa! nak jawab apa? nak kata kena sawan rajin? tengok gaya tulisan pun tau malas dek non..dah3!! jangan nak propa, jumpa next entry yer...bubai.

Al fatihah buat bidadariku sayang..

#sengih sampai telinga ^____^

No comments :