Sunday 7 April 2013

Ini kata aku...



Assalammualaiku wrt..


Semalam aku berlari-lari membawa cerita.

Ku khabar kan pada dia, aku gembira meniti usia ku.

Aku punya semua..

Aku punya ayah.

Aku punya Ibu.

Aku punya abang.

Aku punya adik.

Aku punya semua!


Tapi kini....

Aku mengensot lemah.

Aku ceritakan duka.

Ceritakan lara jiwa.

Aku punya kata, tapi aku tak mampu bicara.

Aku punya rasa tapi aku rasa diseksa.


Hari ini...

Aku kata pada diri.

Aku tak perlukan sesiapa lagi.

Kerana aku telah mandiri.

Kaki aku yang kau ajar pijak ke dunia sudah penat berlari.

Mengejar mimpi yang semuanya hanya illusi.

Aku adalah aku kini.

Seorang ibunda dan isteri pada seorang lelaki.

Akan tiba masanya nanti..
Saat kau dan aku tidak lagi sehati.
Kerana kami tidak lagi membawa erti.


- Bonda Ryan 08APRIL 2013 -


No comments :