Sunday 7 April 2013

Catitan aku seorang wanita...



Aku seorang isteri...isteri yang sentiasa berada di sisi nya tidak kira susah mahu pun senang. Meminjamkan riba di kala dia kesedihan sambil tangan ini tidak berenti mengusap semangat di ubun2 nya. Membuka telinga seluas-luas nya mendengarkan setiap keluhan dan rintihan masalah nya,dengan penuh penghayatan. Bersuara dengan penuh hikmah tatkala menenangkan jiwa kacau nya..selayak nya sebagai seorang penumpang di bahtera di mana dia yang menjadi nakhoda. Sesungguh nya aku adalah ciptaan Allah swt yang amat unik kerana di kurniakan dengan 1001 kelembutan dan kehalusan.

Aku seorang kawan...kawan yang sentiasa memerhati pergerakan nya..menegur bila dia sedikit alpa. Mengingatkan kembali tugas nya sebagai pemimpin. Di saat-saat dia tersungkur..ku hulur tangan ini memapah kembali dia untuk terus berjalan kerana DIA adalah pemimpin ku serta RYAN4 malaikat2 kecil ku. Menjaga dan berkorban dengan segenap ruang yang ada..walaupun ku tahu aku bukanlah teman terbaik nya.

Aku seorang musuh...musuh tatkala harapan ku dipermain..kesabaran ku kau amarahkan...kesetiaan ku di cabar dan kesedihan ku di anggap illusi. Aku hanyalah seorang wanita..yang penuh dengan kehalusan yang sering terlindung di balik keegoan mu wahai lelaki. Aku bisa menjadi musuh mu yang nyata dengan segala kemarahan d hamburkan..dan pada waktu itu kau akan menyesal mengenali ku. Sesalan itu akan membuatkan mu sedikit demi sedikit membenci ku..maka,jadilah aku ISTERI YANG DERHAKA dibawah pimpinan seorang lelaki yang bergelar SUAMI.


Betapa aku hanyalah seorang wanita...

Di tangan kananku, ku genggam syurga yang indah menanti.

Di tangan kiriku, ku genggam neraka yang panas membakar.

Kerna aku adalah selimut dunia.

Nyaman terasa jika iman benang kaitku.

Panas terbakar jika nafsu yang menyulam ku.



-Bonda Ryan 7april 2013-

No comments :