Friday 14 June 2013

Alhamdulillah..selesai sudah! ^_^



Assalammualaikum wrt..

1st sekali nak zahirkan kesyukuran yang tak terhingga sbb masih ada untuk taip entry kan..mih3!!. Masih tersengeh2 depan PC as usual. Kalau PC nih bernyawa mau kena lempang bonda nih hari2..har3!!. 9 pagi 6 petang kat muka buku..keletak keletuk ketok keyboard, gitu lah duniawi kan? 

-tepuk dahi-

Saja nak kongsi2 cerita kat sini. Khamis itu hari bonda ada bicara kuasa ke atas 3 geran tanah Allahyarhamah ibu bonda. Bicara kuasa mean proses menukar hak milik tanah dari nama Allahyarhamah ibu pada nama bonda. Bonda merupakan anak tunggal perempuan pada arwah ibu, jadi secara automatiknya tanah tersebut jatuh kepada bonda mengikut undang2 pusaka adat perpatih. Walaupun tunggal perempuan, namun adik beradik lelaki bonda juga harus ada sebagai saksi proses tersebut. Tapi jika tiada mereka pun, tanah itu tetap berpindah milik pada bonda. So ada atau tak..tak begitu penting. Macam mana pun, terima kasih pada adik bonda yg gigih datang dari KL..tq mok!.

Memandangkan semua urusan pertukaran hak penama telah di jalankan dengan jayanya, insyaAllah bonda berniat nak buat sikit kenduri kesyukuran dan tahlil arwah ibu. Tambah2 pulak nak masuk ramadhan dah kita ni kan. Walau berat macam mana pun ujian Allah swt tuh beri kat bonda dan adik, kami tetap bersyukur sebab kami masih saling ada untuk menempuhinya..Alhamdulillah. Allah swt tuh kan Maha mengetahui, tak kan ada ujian yang diberikan tanpa kecekalan untuk kita tempuhinya. Pada yang ikhlas dan jujur, insyaAllah. Pada yang kufur dan lalai, masih tidak terlewat untuk bertaubat. Kita semua bukan datang dari akar yang tidak berselirat, semua pun pernah buat dosa. Kembali pada asal akar itu sendiri, Allah swt maha pengampun.

Minggu nih bonda kerja, so takde istilah hujung minggu yer anak2. tak leh nak jimba jimbut sgt yer, dah nak raya nih. Bonda dengan ayah kena start berjimat. Hujung tahun nih pun acu dah nak kawen, kena guna banyak duit tuh nanti. Siapa lagi nak uruskan acu kalau bukan bonda dengan ayah. Sejak wan dah takde, makan atau tak acu semua dekat bonda. Bonda dengan ayah lah jadi mak dan ayah kat acu tuh. Alhamdulillah, tak pernah pulak dengan bantu acu, kita berlapar kan. Ada jer rezeki Allah swt bagi. Anak-anak bonda kena ingat satu benda jer, apa pun milik kita hari nih...saudara mara, ibu bapa, harta, wang ringgit dan kasih sayang semua bukan hak kekal kita. Jika ada kelebihan, kita kongsikan. Jika tiada..jangan pula kita sampai memudaratkan diri sendiri untuk 'mengadakan'. Pandangan Allah swt yg kita wajib jaga, pandangan manusia tuh tak payah nak pikirkan sgt. Apa yg penting niat kita, baik atau pun tidak.

Eh! panjang sungguh lah bonda bebel kali nih kan. Takpe..nanti RYAN4 dah pandai baca, bonda confirm! diorg suka baca entry bonda nih (mak berkeyakinan..haha!!). Sebabnya apa yang bonda tulis nih lah apa yang bonda selalu cakap kat diorg. Tak kan pernah ada satu hari bonda tinggalkan pesan 'mak nenek' bonda nih. Tapi sebab dah biasa agaknya..mereka redha dan paling penting tabah!..hemoh3!!. Ok lah semua..babai! t kita cerita ceriti lagik ek..hug!

Saja nak kasik korang tgk aktiviti tiap malam diorg..hihi.
Lagi seketol dengan bonda tgh snap pic nih lerrrr...;)

# Al fatihah buat ibu tersayang...Ramadhan datang lagi selepas ramadahan yg duka 1433hijrah :'(


2 comments :

PinKy MoMMa said...

ari tu uruskan harta arwah mak..mmg adik lelaki yg dapat lebih sbb ikut faraid hehehe..

tp kami smua tak kisah..lantaklah janji prosedur tu dipermudahkan..lg pun mmg dlu arwah mak ada pesan, rumah bg dia sbb dia jer yg belum kawin lg huhu

Bonda Ryan said...

Alhamdulillah kak if bersatu hati kan. ni kalau ada yg tak sehaluan, mmg parah jadinya. Tapi apa pun terjadi, harta tak leh bawak masuk kubur pun..ekeke!. Kita nih hidup tak lama..amal jer yg penting kan kak :)