Tuesday 11 June 2013

Entry untuk anak bonda...



Hari nih terasa nak menulis.

Menulis tentang seorang lelaki hebat yang pernah bonda jumpa.

Menulis tentang seorang ayah yang sangat sabar.

Menulis tentang perjalanan kehidupan bonda
sebagai menantu di sisinya.

Abah..
Tak pernah kalut resah terpaut.
Tak kan ada keluhan di garisan bibirnya.
Tak usai bersabar dengan masalah selaut.

Abah..
Emosi dan abah tak pernah terlihatkan
Terselindung di sebalik iman di dalam.
Menyimpul senyum penuh peringatan.
Cukup untuk menggetarkan seluruh alam.

Abah..
Banyak duri telah kau lewati.
Banyak onak pernah kau selusuri
Itu tanda tabah dan berani
Kemenangan seorang lelaki duniawi

Semoga dunia akhirat hidup abah di berkati,
AMIN.

Alhamdulillah.
Bonda di kurniakan seorang ayah mertua yang baik. Encik2 RYAN4 pulak di payungi kasih sayang atok yang tak pernah luak. Atok korang nih lah lelaki kedua selepas ayah poji yang bonda rasa paling best sekali. Sepanjang bonda jadi menantu kat atok, atok tak pernah tinggikan suara kat bonda. Apatah lagi marah bonda. Bonda buat salah macam mana pun atok sabar. Atok kalian tegur bonda masa bila? masa bonda berdua dengan atok. Masa orang lain takde atok akan tanya pada bonda kalau bonda ada tersalah cakap, tersalah buat pertimbangan atau lain2. Atok tak akan cakap dengan serius, tapi atok akan tanya dengan tenang dan gelak2. Cara macam tu lah buat bonda rasa hormat dan segan dengan atok ;)

Sebagai cucu2 yang atok sayang..ekspecially ikish, bonda nak ingatkan anak2 bonda supaya sayang kat atok dengan wan banyak2. Hormat atok ngan wan sangat2. Jangan ambik kesempatan kat atok ngan wan. Atok dengan wan memang bagi muka kat abang, ikish, imin dan acai, tapi tu bukan tiket untuk anak2 bonda nih 'main kasar' yer. Tak moh main jerit2 bila atok tgh tido, tak moh buli wan mintak macam2 dalam masa yang lain2. Paling penting! jangan tinggikan suara kat atok dengan wan. Sian bonda tengok atok dgn wan.

Bila dah besar nanti..
Jangan lupa balas budi atok dengan wan. Selain bonda dengan ayah, kewajipan menjaga atok dan wan kat bahu anak2 bonda nih jugak tau. Bonda tulis nih sebab tiba2 rasa nak meluahkan perasaan bonda nih sempena hari bapa yang entah bila tarikh pastinya pun bonda tak tau..keh3!!.  Lantak ler nak ooiiii...hari bapa ker hari ibu ke, tapi sematkan kat dalam hati tuh 'hari ibu bapa' hari2. Tak terhad pada satu hari jer tahu. Tanggungjawab anak lelaki pada ibu bapa, khususnya ibu sampai mata terpejam. 

Sekian pesan bonda. Wassalam.


#Al fatihah buat ibu tersayang :(


2 comments :

Faiz Saaid said...

sedih pulak buat entry macam ni

Bonda Ryan said...

Sedih ker faiz? ades! bukan macam entry mak yg kuat bebel ker? hihi ;)