Sunday 23 June 2013

Ingat kat ibu masa jerebu...(takde kaitan, takpe.)



Assalammualaikum wrt.

Harapnya semua sihat2 belaka yer. Sana sini jerebu skang. Hidung rasa perit jer. Tertunggu2 hujan rahmat dari Illahi. Berakhirlah segera semua ujian. Malam nih nisfu syaaban, meh kita tadah tangan dan bermunajat pada Allah swt supaya kita semua di ampunkan semua dosa. Di berikan kesihatan yang baik.

Ramadhan semakin menghampiri.

Teringat bonda pada bidadari bonda. Ramadhan yang lepas rumah kedua bonda adalah hospital. Menemani ibu yang sedang uzur. 10hari sebelum syawal, ibu di jemput Allah swt dengan penuh kasih dan sayang.

inalilahi wainalilahi rojiun.

Tiada yang lebih berhak bila masanya telah tiba.

" Ibu..bila pemisah kita adalah alam, akak akan selalu pastikan bahawa penghubung kita adalah zikrullah dan kalamullah..insya Allah ".

Semoga syurga tanpa hisab milik ibu.

Al fatihah buat ibu tersayang..
Setahun hampir tiba.

1 comment :

azieazah said...

Bila tiba Ramadhan dan Syawal, banyak kenangan hiba yang muncul di ingatan. Begitulah kehidupan...