Sunday 9 December 2012

Nasi ayam bukan nasi bonda...^_^



Minggu ini minggu yang malas untuk ber'karya di dapur. Mampu ber'karya dengan RYAN4 jer. Testing 'vokal bukan sekadar rupa' seperti selalu. Kalau nak kira training jadi jurulatih PLKN pun boleh.

- lap2 air mata -

Makin hari RYAN4 makin aktif dan mengganas. Rasa macam duk kat taska jer seharian..haha!!. Tapi itulah kebahagiaan beranak ramai kan, karang kalau umah sunyi bersepai..jenuh pulak nak carik tukang bising :P.

Ok bonda nak kongsi beberapa picca 'nasik hayam mak jemah' beserta resepi. Cuba bagi yang rajin, yang malas tuh dok 'ontok' (orang n9 kalau tak faham..sila bungkus kain baju keluar negeri..haha!!). Tapi ianya tak lah sedetail dalam buku resepi masakan atau pun blog masak2 tuh tau. Bonda nih malas tahap gaban nak snap picca di setiap proses..hihi.


Jeng3!! tetiba jer sup dah siap..ok, cara dan bahannya :

1/2 ekor ayam - rebus dengan 7 cawan air.
1 kiub ayam.
3cm halia.
4biji bawang kecil
3ulas bawang putih - di kisar halus.
Fish cake.
Carrot - di potong ikut sedap anak tekak.

= Rebus ayam untuk dapatkan stok nasi dan sup. Keluarkan ayam..tunggu mendidih, pastu masuk kan bahan kisar dan perasa lain. Pastu humbankan dengan kejam fish cake dan carrot tuh pulak. Rasa dengan penuh nafsu, dah sedap? ok tutup jer api dia..senangkan?


Keh3!! relaks2..resepi nasik pulak korang baca nih,

Beras 31/2 pot - basuh dan di toskan.
Kayu manis seinci.
bunga lawang seketol.
marjerin utk tumis.
halia 3cm.
bawang merah 3biji.
bawang putih 2ulas - kisar

= Panaskan marjerin, kemudian campak kan bunga lawang dgn kulit kayu manis dulu. Pastu tumiskan bahan yang di kisar sampai naik bau. Last sekali tuang beras yang dah di basuh dan di toskan airnya. Goreng dengan tumisan tadi sekejap. Kemudian masuk kan air rebusan ayam lebihan sup tadi ikut sukatan ruas jari. Maap lah, ikut pot bonda failed..adehh!!. Biar kan menggelegak dan air kering sambil di kacau2 sebelum pindahkan ke rice cooker. Api gas sila sopan2 tau, jangan besar2 sangat..kang hangit korang kata resepi bonda ayah pin pulak...kih3!!. Settle nasik.


Ini pulak ayam kicap yang di goreng dengan kasih sayang. Sila pastikan k.sayang tuh hader ok, kalau tak ayam nih tak jadik..hew!!..itu tipu :P. Ini cara2nya,

Ayam 1/2 ekor. - ayam yang di rebus untuk sup tadi.
Kicap manis 5sudu besar.
Sos tiram 2 sudu besar.
Gula 2sudu besar.
Stok ikan 1sudu besar.
Minyak bijan 1sudu besar.

= Gaulkan semua bahan secara manual iaitu guna tangan korang dan perap selama 1/2 jam paling kejap. Kemudian gorengkan di dalam kuali yang panas. sebelum angkat...korang hiaslah pinggan korang tuh dengan timun dan tomato. Kalau ada salad lagi baik. Tapi jangan hias jer, pastikan semua tuh jadi sisa pepejal nnt tau, kalau tak rugi2!!. ok hasilnya,


Ok settle resepi malas bonda. Faham tak? kalau tak faham korang goggle lah sendiri..haha!!. Bonda nih bukan pandai pun nak tulis resepi. Kali nih jer terbuang tabiat pulak..kah3!!. Haper? sos dia? 

Alah...korang kerat jer cili besar 4 batang, kisar dengan halia seinci..cili padi 5batang..bawang putih seulas. Masakkan atas api secara sederhana..tuangkan cuka sikit dan masuk kan gula serta garam secukup rasa. settle.

Sekian sahaja tutorial syok sendiri untuk hari ini..bubai dan selamat mencuba!! tak jadik nasik hayam korang sila bawak diri ke kedai berhampiran, itu lebih mudah..haha!!

peace!!






No comments :