Sunday 30 December 2012

Annoying...:/


Assalammualaikum wrt.

Entry nih ada berbaur ketidak puasan hati bonda sikit. So sapa2 ada yang tersentap atau termakan cili sila tanggung sendiri yer. Bonda tulis sebab bonda rasa ramai yang rasa apa yang bonda rasa, cuma mungkin tiada tempat untuk meluahkan. Paling tidak pun sok sek2 laki bini atau pun bisik2 sambil mulut herot2 kan..hak!.

Hari nih hari pendaftaran RYAN4 yang 3ketol tuh ke sekolah. Berangkut2 lah 5ketol sekeluaga nih menghadirkan diri kat tadika dan pra sekolah tersebut. Ok cerita bermula bab yuran dan keperluan untuk anak2 seusia 4 dan 5 tahun. Sebelum nih bonda ada mencetak beberapa list item yang termasuk di dalam yuran yang perlu di bayar ibu bapa murid dari tadika lain. Bonda mula heran bila mana jumlah yuran yang di kenakan tidak sama antara satu sama lain. Pandang pada jabatan yang mengelolakan semuanya sama K....S.

Yang buat bonda tak faham dan keliru ialah mengapa harga yuran naik saban tahun. Kenaikan yuran tersebut pulak berdasarkan item2 tambahan yang sepatutnya bonda rasa tidak perlu. Tidak perlu atas sebab mengapa  tadika lain yang berada di bawah jabatan yang sama masih boleh meneruskan pembelajaran walau tanpa item2 tersebut. Mungkin jumlahnya tidak lah banyak bagi bonda dan en.sayur, tapi bonda kira jumlah itu cukup besar bagi anak2 yang datang dari keluarga yang mana ekonomi mereka tidak stabil.

Boleh tak pihak pengurusan bayangkan betapa sukarnya keluarga tersebut nak memenuhi permintaan tadika tersebut?. Adik beradik yang lain jugak punya hak dan bahagian yang harus di tunaikan. Bonda terkilan dengan jabatan ini. Mengapa tiada pantauan dari pihak mereka berkaitan yuran ini. Sudah lah pendaftaran sahaja bisa buat ibu bapa mengeluh. Bayaran bulanan juga berbeza antara satu sama lain. Nampak tak di mana silapnya mereka berkaitan isu ini. Contoh,

Tadika A : RM 76.00 setahun
Tadika B : 73.00 setahun
Tadika C : 94.00 setahun.

Atau dari segi bulanan..

Tadika A : RM 20.00 sebulan.
Tadika B : 15.00 sebulan.
Tadika C : 10.00 sebulan.

Jumlah ini tak termasuk uniform yang terpaksa ibu bapa beli sendiri. Bab uniform bonda tidak lah heran sangat, pegi lah kat mana kedai pun harga mereka lebih kurang je. Tapi bab yuran nih yang buat bonda terbukak mata besar2 dan terkeliru. Memang kita tak perlu nak berkira sangat bab2 pelajaran anak2 kita kan? tapi bila membabitkan keadaan ekonomi di tempat bonda nih, bonda rasa sesuatu seperti ini amatlah tidak wajar terjadi.

Bonda harap pihak2 yang berkaitan sila lah buka mata dan buat kerja sikit. Kita nih di beri gaji untuk bekerja bukan makan gaji untuk bersenang lenang dan bertambah senang dengan penindasan terhadap orang2 yang memerlukan.

Itu memang menjengkelkan...weekkk!!


2 comments :

Aidah said...

Kadang2 kan dah masuk sokkabar baru nak pantau. Mencikk kan. Akak punya anak semua dah habis tadika tapi dulu2 merasa jugaklah tak puas hati camni. Duit beli buku tulis kat skolah pun cecah ratus dik. Tanjat akak.

Bonda Ryan said...

tah lah kak..kadang2 mereka bekerja dah dbayar gaji..tapi masih mahu menangguk di air yang keruh..sigh!. yang jadi mangsa keluarga2 yang tertindas dek kperluan nih kan. Ada tadika yang yurannya 7o lbih sahaja tapi siap dengan uniform dan gambar konvo sekalik..acaner tuh?