Wednesday 17 July 2013

Haru biru Ramadhan ^_^



Assalammualaikum wrt.

Apa khabar arinih? dah masuk hari ke9 kita dalam bulan Ramadhan untuk 1434hijrah nih kan? alhamdulillah. Syukur sangat-sangat bonda. Panjang umur kita semua untuk hari ini, mudah-mudahan panjang umur kita semua hingga Ramadhan akan datang...insyaAllah.

Eh! masak apa semalam korang? ke beli kat Param jer?. Tak kisah lah masak atau beli kan? janji kenyang perut dan masih mampu lagi menyuap makanan kat mulut. Ramai lagi orang kat luar sana bukan je tak mampu nak beli, nak masak pun tak terdaya. Bersyukur lah banyak-banyak dapat berbuka dengan sempurna lagi kan. Bagi yang ada duit lebih tuh boleh lah beli kat param, bagi yang RM banyak lagi kegunaan lain, elok lah masak sendiri jer. Ada gak orang kata, beli atau masak sama jer sekarang. Harga barang runcit yang naik mencanak-canak buat semua pun rasa susah hati kan?.

Tapi bagi bonda yang ala-ala 'superwoman' ni, masak menjadi pilihan. Ala-ala 'superwoman' jer korang, kang korang kata bonda riak dan takbur pulak kan..tak moh2!!. Bukan itu niat di hati hamba..hehe. Bonda ni hagak cerewet bab makan, sampai berpuluh kali kena tarbiah free ngan en.sayur pun masih dengan tabiat tak berapa anggun tuh. Banyak gak benda bonda tak suka, nak makan benda yang di sukai jer. Rasa pun mesti perfect, kalau tak memang ke tong sampah lah gamaknya. Nampak tak perangai tak semenggah tuh?, jadik..bila ko ada perangai tak semenggah bab makan..ko kena rajin ke dapur masak sendiri. Jangan nak membeli sangat, takde sapa nak layan tekak ngade-ngade kita kan?. Harus bonda sedar diri nak..hoho!!.

Jadi...
Atas kesedaran bahawa 'aku masak lagik sedap', bonda gigih masak sendiri untuk juadah berbuka kami keluarga besar nih. RYAN4 plak memang selalu ada kat dapur bila bonda masak bagi kata-kata semangat..pergh! memang nampak sangat gagah bonda bila memasak..haha!. Walaupun lepas tuh, picit-picit tumit dan buat muka 15sen mintak simpati en.sayur urutkan..ekeke!!. Apa de hal, perut memasing kenyang dek kerana kesungguhan bonda tuh, tambah pulak kasih sayang kat bini gedang ni melimpah ruah kan? bukan takat tumit..satu badan pun en.sayur sanggup urutkan. Nama pun laki bini uols, i sakit u picit..u sakit i picit..tak gitu?.

Korang..macam biasalah bila citer bab makan kan, kena lah ada gambar..kalau tak tak yah cerita kan..mih3!!. Kang bonda tayang-tayang menu semalam yer, simple je pun. Masak beria pun kang bonda dengan en.sayur jer makan nya. RYAN4 bukan pemakan sangat, belum masa agaknya. Jom jamu mata jom!

Sayur campur ikut sedap anak tekak namanya..keh3!!

Ikan bakar sambal, request dari en.sayur cinta mati tuh >:O

Ayam celup tepung untuk ninja-ninja.
Kuih muih yang masih ada kat atas meja sampai sahur..huhu.


Kan? bukan susah nak masak nih, janji ada kerajinan dan buang penyakit M tu jauh-jauh. Bonda pun ada gak penyakit M tuh korang, tapi jarang sangat datang bila bab ke dapur nih. Penyakit M datang masa nak sidai kain dengan lipat kain jer..hemoh3!!. Last but not least, nak tepek seketoi gambar si acai malam tadik...



Ini pulak memang situasi tiap-tiap malam kami kena hadap uols, solat berlainan kiblat. haa!! macam mana tuh? alahai...susah betol nak kumpulkan RYAN4 dan ajak solat sama. Imam pun kadang-kadang naik darah, makmum yang cool jer boleh gelak tengok gelagat diorg ni tiap-tiap malam. Tu belum masa mengaji lagi, habis semua berlonggok depan bonda. Depan ayah cuma ada bantal tergolek-golek! nasib-nasib *_*. Semoga akan tiba hari di mana kami mampu berjemaah bersama dengan tenang dan bukan haru biru macam sekarang..insyaAllah, amin!.


# Al fatihah buat ibu tersayang, kami semua rindu ibu.


3 comments :

adarain said...

terliur tengok makanan..kuih feveret kuih pelita..hehe

faraherda.razalan said...

Amboi, ain...rajin msk eh? Akak pun gigih je msk sendiri walau pun blk kejenya lambat. Huhuhu....tp rasanye, mst ade hari2 yg akak surrender gak t. Sob...sob...

Bonda Ryan said...

bahrain : alhamdulillah, rezeki anak2.

kak farah : akak, ain tak suka beli kat param..tak sedap! masak jer walau kaki nak tercabut penat berkejar balik dari keja kul5..hihi.