Tuesday 2 July 2013

~ Kematian ~


Assalammualaikum wrt.

Ini cerita throwback.




" Kak! akak pekerja baru yer? akak org sini kan?"

Tak lah! akak org KL, bapak mertua akk org sini.

" Org blok saya kan? bapak akak jual sayur tuh kan? "

" Aaahh..ko org blok D jugak ker? "

" Aaahh kak! ni org blok, boleh la bagi diskaun kak kan?
boleh kan? "

" Mengada eh! bayar sama jer..haha! "



Satu ketika dulu.

Anak itu pengunjung setia.

Selalu ada dan selalu bersenda.

Bonda marah.

Bonda bertegas.

Bonda tarbiah.

Dia masih senyum.

Masih ramah bila bersua.

Masih menerima teguran bonda.

Bonda sayang.

Sayang pada masa depan nya yang kerap culas sekolah.

Bonda sayang.

Sayang sebab anak itu tak pernah bermasam muka.

Bonda sayang.

Sayang bila melihat dia umpama anak sendiri.



-sebak-




" kak...saya demam ni. "

" dah demam kenapa berjalan long? dok rumah je baik2..rehat...bla..bla..bla "

Menoleh dua kali sambil mengharap pengertian...

mungkin lah.



Tapi hari ini..

Semuanya sepi sudah.

Itu terakhir kali kami berbicara rupanya.

Anak itu kaku tanpa pesan akhir.

Anak itu terlantar sejak 25 Mei 2013.

4 kali ziarah bonda lakukan.

Genggam erat tangan nya.

Usap ubun-ubun nya.

Berbisik perlahan semoga dia kuat dan bersemangat.



Namun...

Allah swt lebih menyayangi kamu long.

Tiada upaya kami menghalang along pergi.

Tinggalkan kami menuju alam abadi.

Tinggalkan mak yang penuh duka.

Tinggalkan adik-adik yang masih mahu bermanja.

Tinggalkan kawan-kawan yang masih ligat menikmati dunia.

Al fatihah..

Buat Mohd Rizwan bin Daud.

Nangis.

Buat sekian kali.

Kerana bonda telah hilang satu anak.

Yang bukan dari rahim bonda, tapi selalu ada di mata.



# Al fatihah buat ibu tersayang, hari ni akak
melalui satu lagi kematian :'(


Cerita tentang Allahyarham pernah bonda lakarkan di sini
http://bondaryan.blogspot.com/2013/05/tolong-bonda-doakan-along.html





1 comment :

faraherda.razalan said...

Kenapa Ain? Dia demam denggi ke? Demam panas? Nak terjah cite lama Ain la...