Tuesday 9 July 2013

Makcik keliru membebel.



Assalammualaikum wrt.



Sihat harapnya semua yang rajin menjenguk blog suam2 teh o ni..hik3!!. Pejam celik..pejam celik dah nak tiba balik kita ke bulan Ramadhan yang penuh berkat ni. Bulan nih penuh dengan rahmat yang tak terjangkau di fikiran kita manusia kerdil nih, bulan ni jugak penuh dengan rahsia. Alhamdulillah..sampai lagi bonda dan RYAN4 bonda pada bulan ni untuk tahun ini. 



Sebenarnya kan...

Dari bulan lepas lagi bonda ngan RYAN4 dah berdebar2 menantikan bulan ni. Tahun lepas, semasa ramadhan bonda jarang habiskan masa dengan RYAN4. Rasanya korang semua pun dah sedia maklum kan. Puasa tahun lepas bonda gigih dan gagah berulang ke rumah bidadari bonda menemani dan menjaga Allahyarhamah. Namun takdir Illahi tiada siapa mampu menghalang, 20 Ramadhan 1433 hijrah, bidadari bonda di jemput menghadap Allah swt yang maha mengasihi. Telah tersurat takdirnya begitu. Bonda kehilangan ibu 10 hari sebelum syawal. Al fatihah buat ibu.


Dah3!! tutup cerita sedih tuh. tak moh sedih2 lagi..kena happy pasal bulan yang mulia ni mampu kita rasai lagi. Berbanyak2 kesyukuran bonda panjatkan. Banyak yg kami keluaga besar ni rancangkan, nak  sahur sama2..buka sama2..terawih sama2 dan insyaAllah bonda nak khatam kan Al Quran sebulan puasa ni. Korang doakan lah kitaorg berjaya tau. RYAN4 macam biasa lah, lepas solat jemaah maghrib sama, diorg akan menghadap bentara guru untuk mengaji iqra. Harapnya bentara guru tuh kurangkan sikit kegarangan beliau pada bulan puasa nih, kalau tak! alamat awak akan di gulingkan dari jadi guru mengaji anak2..hik3!. Yer lah encik..dah kalau semua heboh nak ngaji ngan bonda kan, so terpaksa lah awak lepaskan jawatan bentara guru tuh kat saya yer sayang ;).


Minggu terakhir sebelum puasa..
Bersilat di dapur memang wajib bila hujung minggu kan. Bunga silat dia hanya bonda yg tau..eksyen!. Minggu ni angin rajin terlebih2 pulak. Last kang bonda tayang2 hasil silat kat dapur tu yer. Eh! sabtu hari tuh (6.7.2013) bonda ziarah pusara ibu. Angkut semua RYAN4 sorang2 jer, en.sayur sibuk macam selalu. Nak cerita cam panjang pulak..bonda kongsikan jer lah status FB bonda pasal ziarah tu kat sini eh..pemalas sungguh!.

Semalam bonda bawak RYAN4 ziarah pusara ibu. Meluru2 masing-masing cium nesan ibu sambil lafazkan rindu. Riuh tanah perkuburan dgn macam2 cerita yg nak sampaikan kat wan. Tunggu sorang2 baca al fatihah kat arwah wan diorg buat bonda terfikir sekejap, bonda rasa bonda bertuah ada malaikat2 kecik ni. Besarnya kasih sayang Allah swt pada hambaNYA, di tariknya satu kasih sayang tapi diberiNYA 4kasih sayang yg tulus ikhlas. Nak balik sekali lagi kecoh bila masing2 sibuk buat janji nak datang lagi dan lagi..Panjangkan lah umur bonda dan suami agar kami mampu beri yang terbaik buat malaikat2 kecik ni.Amin.


Gitulah kelaku budak 4 ketol nih tanpa jemu. Dari mula2 Allahyarhamah tinggalkan diorg, sampai lah sekarang. Rindu mungkin. Mana taknya! Allahyarhamah merupakan seorang wan yang sangat2 penyayang kat RYAN4. Jentik pun tak pernah bonda nampak, setakat bebel2 sayang tuh biasa dah. Bonda ni kalau terlebih 'jerit' memang kena fire lah dari wan..sob3!. Rindunya la kat Allahyarhamah..hug!. Eh! tadi kata nak tayang gambar kan? jom review, tak lah semenggah sangat pun hasil silat2 tersebut, bunga silat jer lebih ^_^



nampak tak betapa 'dunkin donut' nya tu?  korang
jgn sengih2 ayam kat situ, bonda tak suka!  #malu


Ni lagi satu, alahai...hodoh sungguh lah ko wahai burger malaysia,
1st trial kata nya. Terjelir-jelir dan tersentel-sentel ko, memang sgt tak sopan..haih!.


Yang ni jer yang jadik wira untuk hujung minggu kami..huhu. Rendang ayam dengan daun kunyit, mmg terbaik lah ilmu pusaka Allahyarhamah ibu. Ni pun percubaan pertama bonda, ingat tak ingat jer silatnya nih..haha!!. Tapi nasib baik jadik tau tak. Kalau tak jadik, memang kena silat ngan en.sayur yang tahan lapar dari pagi tuh..keh3!!.

Akhir sekali nak kasik tips sikit. Tips kalau nak apa yg kita masak tuh menjadik senang jer, sepanjang memasak niatkan apa yang kita buat tuh untuk suami dan anak. Mencari pahala isteri solehah dan ibu mithali, insyaAllah. Apa pun yang korang buh kat dalam masakan tuh bismillah jangan lupa, ini tips org tua2 dulu. Bonda guna pakai balik jer pasal bonda kan org muda...iya! muda sangat.

- loya -



Ok.
ni saja nak bagitau yang mood mengemas minggu ni jugak dah mencetuskan konflik dalam diri bonda keliru ni. Kalau ada jaundis jangan masuk bilik bonda yer..kang pitam terus. Kuning tak ingat segala benda! hik3!. Tapi! otak kami masiH clean n clear, tak moh kuning yer..hep3!!. Tah macam mana tah terkuning, bonda pun tak berapa nak paham. Rasanya kaler kuning memang tak pernah masuk senarai kaler pilihan. ke ada yang mendamping nih?, sila jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri..hik3!!. Dah lah korang, makin melalut pulak entry ni..babai!.


# Al fatihah buat ibu tersayang...335hari dalam doa kami.





No comments :