Wednesday, 17 July 2013

8 hari punya rumusan ^_^



Assalammualaikum wrt.

Bertemu lagi kita dengan Ramadhan hari ke8 ni, alhamdulillah. Bonda masih gagah dan gigih berpuasa macam biasa. Awal Ramadhan hari tuh bonda dah claim cuti dah..ngade betol:P Tapi dah memang cuti wajib untuk kaum hawa kan? tak kan ko nak lawan takdir pulak kan?. Tak dapat cuti tuh nanti meraung mintak cuti balik kan..mih3!!. Cuti khas yang ada kebaikan nya untuk kaum2 wanita macam kita nih. Itu kan keistimewaan yang Allah swt bagi kat kita, lelaki takde pun..betapa kita istimewa kan?kan?.

Ok.
Tutup cerita.
Ni nak cerita pasal 8hari ramadhan nih pulak. Al kisahnya, sepanjang 8hari puasa nih, encik-encik Ryan4 hanya 3ketol yg berpuasa. Itu pun sekerat hari. Macam-macam usaha dan galakan dah bonda dan en.sayur kasik, tapi encik-encik tu semua masih tak mahu menyahut cabaran dan reward tersebut. Sungguh tak kuat menahan napsu nampaknya mereka tahun ini. Tapi baru 8hari kan? so kami ada masa berbaki 22hari lagi nak bagi semangat kat depa..mih3!! caiyok b!

Bab masak memasak..
Dalam 8hari ni bonda baru sekali masak sahur, dan 2 kali masak berbuka. Jawapan bagi sebabnya tu ada kat atas sekali entry nih. Tapi bonda dah berpeluang berbuka dengan mak mertua dan pak mertua serta ipar duai pun. Nasib rumah pak mertua ai tuh villa, bak kata en.sayur..sudut bertemu sudut..haha!!. So takde permasalahan sempit ruang.

Eh! dah petang, bonda nak balik. Nak balik masak untuk iftar petang nih lah, nak ke param memang tak lah korang. Makanan kat param tu semua dah bosan jer bonda pandang. Masak sendiri kat umah lagi best, walaupun hanya berlauk kan ikan masin jeruk tenggiri. Dipotong pulak cili api segenggam dan perahan asam limau, nikmatnya sampai tak pandang laki dah ^_^

Ok bye.


#Al fatihah buat ibu tersayang..Kami rindu ibu, sangat-sangat!

4 comments :

faraherda.razalan said...

Takpelah klu ryan4 tu tak ley pose penuh. Yg penting, latih cukupkan solat diorang dulu ya ain? Agpun, lom akil baligh kan? Ade excuse kat situ. Hehehehe...

Mmg msk sendiri lg best dr beli ain. Akak pun gigih je msk sendiri kat umah.

therememberguardian said...

selamat berpuasa jugak ^_^

azieazah said...

Masak sendiri juga yang sedap. Betul, wpun mungkin sekadar telur goreng mata lumbu taruh kicap!

Bonda Ryan said...

kak farah : insyaAllah kak..solat pun masih dalam training kak..mencabar sungguh kekdahnya.

memberguardian : selamat berpuasa ^_^

kak azie : bukan apa kak, puas dapat makan masakan sendiri.beli kang ada jer tak kena.