Wednesday 29 August 2012

Ini punca!!! ini sebabnya hati ini masih rawan :/




Assalammualaikum suma..

Semoga bulan baik dan hari yang baik memberikan kita seribu rahmat dan hidayah...Amin.

Masih di dalam rasa kehilangan dan rindu yang tak surut walau berjuta kata semangat singgah di telinga bonda. Walau berpuluh ribu ketabahan mereka sisipkan...kerinduan ini memang menyeksakan..terlalu sukar untuk bonda harungi. Di dalam sujud yang tak pernah usai memohon agar ketabahan bonda berlipat kali ganda dari hari ke hari.

Bila di kenangkan semua yang berlaku di sebalik kehilangan ini bonda terasa seperti ada sesuatu yang buat bonda terus begini. Ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah swt...bonda percaya, sepenuhnya tanpa keraguan. Namun bila bonda fikirkan semula kronologinya, ada terselit rasa bersalah...rasa tak kena.

Sejak di sahkan menghidap kanser pada DISEMBER 2011, bidadari itu bonda lihat seperti tidak mampu menerima hakikat. Namun berkat kata2 semangat dari semua...akhirnya bidadari itu redha. Redha pada setiap ketentuan Allah swt...redha kerna itu adalah ujian buatnya...redha sebenar2 redha. Berulang kali beliau meminta bonda turut sama membuat ujian..takut katanya. Takut andai bonda turut mengalami nasib yang sama berikutan hasil ujian yang di jalankan menunjukan kami mempunyai jenis darah yang sama. Risau di hatinya lantaran dua orang saudaranya turut menghidapi penyakit ini yang akhirnya menjadi sebab kepada pemergian mereka. Namun alhamdulillah...semua ujian yang bonda jalani menunjukkan bonda MASIH bebas dari sel2 yang membunuh ini. Penyakit ini seolah-olah sudah menjadi warisan pada kami..secara logikalnya ianya berpunca dari genetik kami.

Terus terang..bukan itu yang bonda cuba pertikaikan dalam entry ini..setiap nasib manusia beda. Hanya DIA yang maha mengetahui tentang sesuatu perkara..setiap percaturannya adalah sebaik2 aturan. Apa yang masih bonda terkilan hingga kini adalah kerana terlalu mengikut kata dan nasihat yang akhirnya membawa bidadari itu pergi jauh dari bonda. 

TAK BERSYUKUR!! MENYALAHKAN ORANG LAIN!!

Tak!! bukan itu maksud bonda. Bonda cukup terkilan dengan diri bonda sendiri. Sebagai seorang anak..sepatutnya bonda memberikan yang terbaik...bonda beri nasihat dan panduan yang berguna..ini tidak! bonda turut terpengaruh dengan kata2 orang. Sedangkan semua pengalaman telah ada..semua pengajaran telah Allah swt tunjuk kan pada bonda sebelum ini. Tapi kenapa?? kenapa bonda tak sedar? kenapa bonda abaikan sakit ibu? kenapa?. Persoalan ini yang buat bonda terus terbelenggu dengan perasaan yang sangat2 tertekan. Bonda bersedih....bonda rasa berdosa, Ya Allah..maafkan bonda, bonda gagal dalam menempuhi ujian kali ini dengan baik.

Sepatutnya selepas sahaja di sahkan kanser..bidadari itu harus membuat kimoterapi dengan segera. Kerna tahap akhir penyakitnya membabitkan sel2 yang aktif..Adenocarcinoma hanya boleh di rawat dengan kaedah kimoterapi. Tapi apa yang bonda buat?? bonda turut sama takut dengan kimoterapi. Berusaha mengubati bidadari itu dengan kaedah tradisional..rawatan islam. Semua info perubatan tradisional dan rawatan islam bonda goggle...semuanya kami pergi. Apa sahaja nasihat...panduan kami ikuti. Mengabaikan nasihat doktor...itu sungguh memalukan!!. Ya Allah...ampunkan bonda, bonda khilaf.

Akhirnya setelah beribu wang di habiskan, akhirnya kami hilang punca. Kami tak tau apa yang sepatutnya lagi..kami buntu. Sedangkan keadaan bidadari itu on off...adakalanya dia kelihatan sangat sihat dan adakalanya dia kelihatan amat2 drop. Akhirnya kekuatan itu kami temui bersama...terima kasih adik, terima kasih kerna kamu mempunyai rasa dan gerak hati yang sama dengan akak. Mungkin ini yang menjadi asbab kepada pemergian ibu..tapi percaya lah ibu, kami hanya menjalankan permintaan terakhir ibu. Masih terngiang2 di telinga kami kata2 ibu..

"Bagi ibu rasa sekali pun jadilah kimo tuh, mana tau ibu boleh sihat...tak sabar dah ibu nak baik"

Ibu...
Ibu...
Ibu...

Akak rasa sgt2 bersalah. Kalau dari dulu akak bg kata2 semangat yang tak putus pasti ibu ada bersama kakak sekarang. Pasti kita masih menjadi BFF forever. Pasti kita sedang sibuk uruskan pertunangan adik. 

Tapi kepastian kita tu tiada..
Tiada kerana segalanya telah tertulis..tersurat begini.
Tiada kerna masamu telah sampai..
Tiada kerna ini adalah qada dan qadar..
Tiada terlewat sesaat dan terawal sedetik..

Tapi ibu..

Akak terseksa..
Akak rasa sangat bersalah..
Akak rasa nak putar balik masa..
Akak rasa tak kena..
Akak rasa nak gila..

Ya Allah...melalui sujud bonda yang masih tidak sempurna...tolong lah terus titipkan ketabahan.
Terus berikan bonda petunjuk.
Terus kuatkan hati bonda dari hari ke hari.
Semoga semua ini menjadi lebih baik dari hari ke hari.
InsyaAllah semua..
InsyaAllah RYAN4..
InsyaAllah en.sayur ku..

20 hari sebelum Allahyarhamah tinggalkan kami


*Tiada niat meminta simpati..ini hanya kata hati.

~ Al Fatihah buat ibu tersayang ~

No comments :