Saturday 11 August 2012

Catatan duka Ramadhan 2012



3 ogos 2012..11.37pm
Panggilan dari ayahanda menyampaikan bahawa Bidadari kami di serang sawan. Bonda bergegas pulang dengan harapan semoga bidadari itu baik2 saja.

Malam 3ogos 2012...
Bonda terpaksa pulang ke rumah lantaran RYAN4 yang tiada pengasuh utk keesokan harinya. Jam 4.10 pagi..bonda di kejutkan sekali lagi panggilan dari ayahanda tercinta memaklumkan bidadari itu sedang berjuang dengan nafas yang tersekat2. Kembali ke kuala lumpur dengan perasaan yang berbaur.

4 Ogos 2012..jam 11.45.
Bidadari kesayangan kami berada di dalam keadaan yang mencemaskan kami..namun stabil semula menjelang petang. Bonda menjaga bidadari sepanjang malam dengan sesekali tangan beliau menggapai tangan bonda minta di urut. Sungguh kuat semangat bidadari bonda ini..sungguh tabah sekali bidadari itu menghela nafas yang mula memberat.

5Ogos 2012..
Keadaan bidadari masih tidak berubah..namun berada di dalam keadaan yang stabil. Namun hari ini sekali lagi bonda terpaksa meninggalkan beliau lantaran tanggunjawab pada RYAN4 dan pekerjaan di negeri sembilan. Serasa batu tiap aturan langkah kaki..berat, tapi demi anak2 tersayang..bonda terpaksa tinggalkan bidadari itu di dalam jagaan Allah swt. Kucupan paling hangat bonda tinggalkan..bertahan lah ibu..


6Ogos 2012..
Bonda kembali ke ofis dengan harapan bidadari itu akan stabil dan terus kuat untuk bersama kami pada syawal yang akan datang. Alhamdulillah bonda berjaya menghabiskan tanggunjawab di pejabat tepat pada jam yang telah di tentukan tanpa panggilan dari sesiapa yang mencemaskan. Sungguh!!! tiap detik...tiap ketika..bonda takut bila handfhone berbunyi..takut seakan mahu berlari tanpa menoleh ke belakang lagi..seriau!. 
Niat untk kembali ke sisi bidadari itu tertunda pula malam ini..RYAN4 berjemaah meragam tanda protes tidak mahu bonda berjauhan dengan mereka lagi. Masing2 cuba untuk bermanja. Tidak sampai hati kecil ini untuk meninggalkan mereka..kesian!! selalu di tinggalkan. Bersabar yer anak2..semua ini bonda lakukan hanya untuk nenda kalian yang amat kita semua cintai.

7Ogos 2012 
Seawal pagi bonda dah terjaga dari lena dan bersiap untuk pulang dan menjaga Bidadari bonda hingga khamis akan datang. Pulang bersama RYAN4 dan en sayur kesayangan. RYAN4 merupakan cucu yang rapat dengan bidadari bonda. Sepanjang 3ari terlantar..mulut tak putus bertanyakan cucunya itu. Makanya bonda gigihkan kudrat utk membawa 4 ketol budak tecik tersebut ke hospital. Berat hati memikirkan ragam mereka di sana nnt..namun demi bidadari itu bonda gagahkan jua. Namun kunjungan RYAN4 mahu menjengah dan bermanja dgn bidadari tidak mendapat respon yang baik..bidadari bonda marah2 dan bonda mula memikirkan yang bukan2..apekah itu petanda?? ..selisih!!. Walau hati mula berdetik..namun bonda tetap percaya yang bidadari bonda tabah dan kuat. RYAN4 Pulang bersama en sayur meninggalkan bonda bersama nenda tercinta mereka.

Malam terakhir kami...
Sepanjang malam bidadari itu keresahan yang teramat. Sepicing pun tidak di benarkan mata ini tertutup lena. Acap kali meminta tangan halusnya di usap..bonda lakukan dengan kesedihan yang terlindung. Kesakitan bidadari itu tidak dapat bonda kongsikan..hampa. Jika boleh di tukar ganti..biarlah bonda yang bernafas berat itu..biarlah luka tebukan tiub itu terpahat di badan bonda..bukan di jasad bidadari itu. Namun beliau tetap memegang erat tangan bonda tiap kali bonda genggam jari halus itu. Jam 2.35pagi..bonda tersentak dan tiba2 hati terpagut sayu bila mana bidadari itu meminta 'nasi' untuk di jamah. Sumpah!! robek hati ini kerna tidak mampu untuk menunaikan permintaan itu. Di dalam keadaan bidadari yang agak lain sedikit berbanding semalam..tak tergamak untuk bonda berjauhan darinya. Mahu berjalan kaki sejauh 2km untuk ke kedai berhampiran memang agak sulit bonda lakukan, tambahan pula belum tentu kedai itu di buka pada jam seperti ini. Bonda pujuk bidadari itu dengan kata2 cinta..dan meminta sedikit kesabaran darinya.

8Ogos 2012 
(tarikh yang tak kan bonda lupa seumur hayat ini)
Pagi ini bidadari itu kelihatan amat letih..semalaman tidak tidur barangkali. Hela nafasnya semakin berat dan berat. Ahli keluaga telah bonda maklumkan..supaya tiada rasa terkilan di belakang hari. Alhamdulillah..ramai saudara mara dan sahabat handai bidadari itu menjengah sambil mendoakan bidadari itu. Semoga doa mereka di bulan ramadhan ini makbul yer ibu..semoga kita dapat bersama2 menjelang syawal nnt. Menunggu en sayur dengan resah..hati bonda bersulam dengan kerisauan pada RYAN4. 
 7.25 malam..
Kami berbuka puasa bersama..kekanda hazry, adinda hafizul, suami tersayang dan makcik kami yang banyak berjasa turut serta. Makan sambil mata tak putus memerhati kan bidadari itu yang kelihatan tenang.
Usai berbuka puasa..bonda bergegas menunaikan solat maghrib yang sudah mahu habis waktunya.

Di dalam doa bonda yang terakhir..bonda mohon agar,
* ALLAH swt kasihani ibu bonda..kurangkan penderitaan nya.
* ALLAH swt berikan ketabahan dan kekuatan yang tak bertepi padanya.
*Ampuni dosa2 nya.
* Berikan petunjuk yang nyata pada kami.

Selesai meraup muka..
Tampak ayahanda berdiri di belakang bonda sambil esak yang tak berpenghujung..
Berita yang bonda takuti mungkin telah tiba. Bidadari bonda telah menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 8.11 minit malam di samping semua kesayangannya. HAMPA! Bonda terkecuali dari melihat Allahyarhamah menghembuskan nafas yang terakhir kalinya. Mungkin ini suratan bonda..mungkin ini yang terbaik buat bidadari itu. Pergi tatkala bonda berjauhan darinya..supaya bonda tidak sedih yang melampaui batas sebagai seorang islam.

" Pergilah ibu ku sayang...pergilah membawa semua kegembiraan, tinggalkan semua kesakitan yang telah ibu tanggung 8bulan lamanya. Akak redha..akak pasrah kerna itu adalah sebaik2 tempat buat ibu. 8bulan akak menghadap segala perih dan derita ibu..8bulan kita bersama menyulam kenangan yang sepanjang hayat tidak akan akak lupakan. 8bulan yang sgt2 mencabar akak sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Kini akak pasti ibu telah berbahagia..disamping PENCIPTA yang satu. Damailah ibu di sana di bawah lindungan dan belas kasihan ALLAH swt. Kami anak2 ibu akan menyusul ibu entah bila masa dan ketika..hanya doa sebagai penghubung kita ibu. "

AL FATIHAH BUAT IBU KU SAYANG

Eshah Binti Pendek
15/10/1959 ------------08/08/2012
Bersamaan 20 Ramadhan 2012
Jam 08:11 minit malam
Wad Onchology HUKM
Kuala Lumpur.



No comments :