Wednesday 15 August 2012

Bidadari itu bidadari syurga..insyaAllah.



Mungkin kalian sudah jelak..

Sudah jemu..

Bonda yang tak sudah-sudah bermain emosi.

Ini bukan catatan suka-suka.

Semuanya luahan hati nukilan jiwa.

Yang sedang terluka...yang sedang parah menanggung rindu,

Yang pasti tiada penghujung.

Selagi jari mampu menulis..

Selagi jiwa sarat dengan rindu..

Selagi tiap hela nafas terbau DIA.

Maka tiap kali itu lah bayangannya sering menjadi inspirasi buat blog picisan ini.


" IBU BIDADARIKU DUNIA HINGGA AKHIRAT.."

Seorang ibu yang bertubuh kecil molek..putih gebu dan sgt comel di mata kami.

Berhati waja..tabah dalam segala hal.

Paling penting sentiasa positif.

Pernah satu ketika..bonda di hukum oleh bos besar kerna kedegilan yang tiada penghujung, di arahkan bidadari itu ke sekolah dan membawa balik bonda (ketika itu bonda sekolah di ber'asrama). Sebagai hukuman..bonda tidak di benarkan ke sekolah lagi (tindakan ketika emosi ayah bonda..bonda rasa wajar kerna kesalahan bonda mmg besar dan amat memalukan). Bonda memang anak yang agak nakal dan sering menguji kesabaran ayah serta bidadari itu...namun di sebalik ketegasan ayah, bonda di selamatkan oleh kelembutan bidadari itu. Beliau hanya menukarkan bonda sekolah bukan memberhentikan bonda. Kerna kasih sayang yang tak bertepi pada bonda..bidadari itu sanggup menahan segala amarah dari ayah..semua kerna bonda.

" kak ija kn belajar dari kesilapan..jangan buat salah 2 kali, kali pertama mungkin tidak sengaja..khilaf. Tapi klu masih mengulangi buat kali 2 itu bukan khilaf tapi nahas "

Kata-kata itu buat bonda ber'ingat dan akhirnya kaki ini melangkah ke IPTA juga. Terima Kasih ibu...tindakan positif ibu memberikan kakak kehidupan yang baik kini..Alhamdulillah.

Jika mahu di rungkai satu persatu..banyak! terlalu banyak..jasa bidadari itu. Kerna beliau merupakan seorang ibu yang understanding dan selalu memaafkan. Menjadi pendengar yang baik pada semua yang memerlukan..tak kira siapa. Sentiasa menghulurkan pertolongan selagi terdaya..tidak pernah lokek jika itu ke arah kebaikan. Jika di tanya pada bonda apa yang paling istimewa yang ada pada beliau tidak dapat bonda specified kan..kerna semuanya terlalu indah. 

Jika ada yang pahit pun biarlah itu menjadi rahsia di lubuk hati bonda yang paling dalam. Cukuplah sebagai seorang ibu..beliau telah menjalankan tanggungjawab beliau dengan penuh keikhlasan.

Beliau pergi pada usia 53 tahun...selama hayat itu banyak telah beliau tinggalkan buat kami sebagai anak..buat mereka sebagai saudara dan buat kenangan kepada jiran tetangga. Segala-galanya manis untuk kami jadikan ingatan. Pada sesiapa yang mengenali secara rapat pasti tahu tiap perilaku molek beliau.

Tiada rasa ralat di jiwa ini saat beliau pergi meninggalkan bonda kerna bonda telah beri sehabis baik sebagai seorang anak. Telah bonda korbankan segalanya. Namun apa lah sangat pengorbanan bonda jika hendak di bandingkan dgn pengorbanan beliau semasa hayatnya. Suka untuk bonda mengingati kata-kata terakhir beliau sebelum pergi,

" Kasih sayang pada ibu, ayah dan adik beradik bukan terletak pada wang ringgit semata-mata..tapi terletak pada tanggungjawab dan keikhlasan kita memberikan kasih sayang tuh "

Sangat simple...tapi bermakna. Berulang kali beliau mengulang kata-kata tersebut sebagai pedoman dan azimat buat kami yang tertinggal. Alhamdulillah..walau tidak sempat menghadap saat-saat akhir beliau, bonda percaya itu tanda kasih sayang beliau pada bonda. Bonda sentiasa ada di saat-saat akhir beliau. Untuk sekian kali...

Al Fatihah
Buat ibu yang paling kakak sayang dunia hingga akhirat.

No comments :