Saturday 3 November 2012

Si Kerinting turn to 2 years...alhamdulillah Allah :)



Assalammualaikum wrt..

Pagi yang indah.

Pagi yang penuh rahmat.

Pagi yang penuh warna.

Warna cinta dan kasih sayang antara RYAN4 dan bonda.

Alhamdulillah.

4 NOVEMBER 2010.

Jam 8.09minit malam.

Bonda selamat melahirkan seketol budak comel.

MUHAMMAD RYAN MASYAL namanya.

Putih.

Gebu.

Sepet.

Kehadiran kamu kami sambut dengan penuh kesyukuran. Siapa lagi yang paling bertuah dan tersenyum lebar malam itu kalau bukan ayahanda kamu. Ayah yang menyambut kamu saat kamu keluar dari rahim bonda. Para doktor tidak sempat menyambut kamu kerana kamu sudah tidak sabar2 mahu keluar (nasib tak tergolek jatuh katil ). Aduhai masyal...sungguh bonda terharu saat melihat ayah menangis mengendong kamu yang berlumuran darah.

Genap 2 tahun sudah memori itu. Kini kamu sudah pandai memanggil ayah dan bonda. Sudah pandai minta di dakap..minta di belai. Sudah semakin matang dengan persekitaran kamu yang di kelilingi 'brother2' bertuah :P. Sudah pandai menyesuaikan diri dengan hiruk pikuk keluaga kita. Alhamdulillah..menjaga kamu dari kecil tiada terasa sedikit pun kepayahan. Kamu anak yang baik..tidak banyak karenah. Allahyarhamah ibu bonda selalu menyifatkan kamu anak yang senang di urus. Percaya tak? sehingga ke hujung2 hayatnya, mulutnya tidak berhenti menyebut nama kamu. Ingin berjumpa kamu dan mendakap kamu. Betapa kamu dekat di hatinya. Tidur semasa nazaknya berbantalkan bantal kamu..tanda ingatan seorang nenek yang amat menyayangi kamu.

- Sebak -

Tahun pertama ulangtahun kamu kita raikan bersama Allahyarhamah wan kamu. Sungguh meriah hari itu masyal. Semua kesayangan kamu bersama kamu. Namun tiada lagi hari itu hari ini. Namun itu semua bukan permulaan yang buruk tahu. Itu tandanya..kita kena belajar menyesuaikan diri tanpa wan lagi. Walau apa pun yang terjadi..kita tetap kena terus berdiri dan seterusnya berlari menghadapi hidup ini ^_^

Pada ulangtahun yang ke 2 ini bonda mendoakan agar kamu membesar menjadi seorang anak yang soleh. ..Anak yang bijak dalam segala hal dan cemerlang di dalam pelajaran. Jadikan diri kamu sebagai pohon yang  rendang di mana insan mampu berteduh, jangan menjadi pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak di buat kayu api. Bonda doakan yang baik2 sahaja mengiringi perjalanan kamu masyal. Besar lah kamu nanti menjadi seorang anak yang di segani dan adik yang jatuh bangunnya bersama kekanda2 kamu. Bonda doakan yang terbaik buat kamu di usia 2 tahun ini.

SELAMAT HARI LAHIR MASYAL KU SAYANG...2010/2012





No comments :