Sunday 11 November 2012

Kawan ker lawan? sama jer semua pun :#



Kepercayaan ku bukan mainan.

Kasih sayang ku bukan ujian.

Sekali telah kau ajar dia dengan kesetiaan..

Sampai mati aku pertahankan.

Namun sekali kau khianati rasa itu,

Seumur hidup aku rasakan.

Aku bukanlah mainan duniawi.

Aku bukanlah di cipta sebagai srikandi.

Aku hanyalah seorang hamba yang berfantasi.

Mewarna langit mengharapkan erti.

Menawan angkasa berpaksikan kasih sejati.

Tiap kali diri ini di uji.

Di uji dengan gelaran sahabat sejati.

Namun acap kali aku di khianati oleh golongan yang syok sendiri.

Kononnya putera puteri yang sering menjadi mainan duniawi.

Kabur terus rasa ini untuk terus menghormati.

Nyah kamu dari realiti!!

Kerana aku pasti kamu sungguh tak berhati.

Mengemis kasih dan cinta melalui aksi duniawi.

Tunggu sahaja balasan mu nanti..

Di akhirat sana kita bersua kembali.

Bersama buku amalan sendiri.


Nota siku kanan : Kadangkala berdiam lebih baik dari berkata2. Sungguh pun kita di pihak yang benar, kebenaran itu ada kalanya lambat terbukti. Tawakal dan berdoa. Mengharapkan yang baik2 sahaja menanti..itu lebih be'erti daripada beraksi bagai anjing yang menyalak bukit yang teguh berdiri.

Kawan2 tidak seperti yang kita hajati itu perkara biasa untuk kita hadapi. Apa yang penting, bahagiakan diri sendiri dan pandai membawa diri itu dah memadai. Bonda doakan sesiapa jua yang membaca entry ini akan kembali bangkit dan tersenyum. Tawan dunia dengan akhlak berbudi, genggam akhirat dengan nawaitu yang satu..iaitu, " hidup mati ku kerana Allah swt yang satu " .

~ fenin sudah menjadi pendengar pada kemelut ciptaan manusia sendiri, Yang sampai bila nak berhenti pun bonda tak tau..adeh!! ~


No comments :