Saturday 17 November 2012

~ Berdoa untuk mereka ~



Assalammualaikum wrt.

Rasa sebal jer tiba-tiba.

Sebal bila bukak jer muka buku terus di tag dengan bermacam2 gambar dari saudara kita yang sedang berjuang nun jauh di bumi Palestin. Bukan tak simpati...bukan jua tak bersedih. Tapi hati kapas bonda nih..tak leh nak terima gambar2 tersebut. Koyakkk.......:(

Tiap kali bonda tengok gambar tuh bonda rasa bersalah. Bonda tahu saudara bonda sedang di timpa ujian. Kehidupan mereka tidak se'aman dan seharmoni bonda. Makan pakai dan kediaman mereka tiada lagi untuk di nikmati. Tapi bonda di sini? bersenang lenang dengan nikmat kehidupan yang tidak pernah putus Allah swt berikan. Alhamdulillah. Masih mampu makan yang enak2 dan tidur merebahkan badan di tempat yang selesa.

Apa guna rasa sedih dan simpati itu kalau bonda hanya bisa menatap gambar2 yang di muat turun tersebut?. mampu meringankan beban mereka? tidak sama sekali!! mampu mengembalikan apa yang telah hilang? jauh sekali!! jadik apa gunanya gambar tersebut? tak lain dan tak bukan membuatkan bonda di ulit mimpi ngeri saban malam. Kacau jiwa bonda sejak 2 menjak nih. 

Terbaca satu entry kakak sekampus sekilas pandang. Sokong rasa itu 1001% tanpa prejudis. Kita hanya mampu memandang dengan kesedihan dan kemudiannya kembali menghadap realiti yang saban hari di pengaruhi yahudi. Mahu buat apa? mahu boikot tanda protes? berbaloikah tindakan itu? YA!! Kita tiada pilihan...kita tiada upaya andai kita berseorangan. Harus bagaimana? di negara kita sendiri pun islam masih belum bersatu, masih saling tunjuk menunjuk, masih saling bertelagah dan paling utama...masih berhujah tentang agama walau kaki memijak gereja. SubhanaAllah. Bonda bukan lah cendiakawan yang mampu menggubah kata menjadi nyata. Tapi sebagai seorang umat islam di sebuah negara islam yang harmoni bonda punya kuasa untuk bersuara.

Semoga saudara seagama kita di sana berada di bawah lindungan Yang Maha Esa hendaknya. Payungilah anak2 kecil mereka dari bedilan senjata yang tidak mengenal siapa. Lindungi lah kaum hawa mereka dari kekejaman rejim zionis yang bernafsukan binatang dan bertuankan harta dunia...Kebalkan lah para shuhada itu dengan iman dan semangat juang yang tak pernah usai. Bonda doakan agar perjalanan tragis ini cepat2 berakhir. Tiada lagi air mata untuk bonda tumpahkan..hanya doa yang tak putus buat utusan.

ehsan encik goggle.

Al Fatihah buat semua yang terkorban.
Al Fatihah buat ibu tersayang.

No comments :