Sunday 11 November 2012

~ Rumah baru ibu ~




Assalammualaikum wrt..

Lama tak bonda tak hupdate blog?

Bukan takde idea..tapi takde usaha.

Penyakit 'M' sejak dua menjak nih makin menjadi2 pulak gamaknya.

Tanda2 blog akan sepi terbiar jer lagaknya, tapi mintak selisih lah kan :P

Kang kalau takde blog, kat mana pulak bonda nak mengomel2?

Di muka buku?

Kalau dah status bulih buat cerpen, ramai pulak yang unfriend bonda nanti kan..hek3!!.

Haish!! kot celah mana pun, penyakit 'M' nih memang tak baik untuk bonda dan kita2 semua.

Ok Stop.

Hari nih bonda pergi ziarah bidadari bonda.

Tiap2 minggu pun bonda pergi mengirim doa dan bercerita pada sisi pusara yang suram.

Cuma minggu nih bonda kali duakan kedatangan itu.

Rindu.

Pada bau tanah dan suasana tenang itu.

Sambil menggalas pesanan ayah yang mahu bonda buat spot cek pada binaan pusara ibu.

Yer...walaupun belum 100 hari, namun ayah sudah meminta orang membina kepuk pusara ibu dengan binaan yang lebih sempurna.

Hari ahad bukan lah hari libur bagi bonda sebenarnya. Bonda bekerja pada hari ahad. Serius!! ini bukan cobaan..tapi betul2 :)

Makanya bonda sempat singgah sebentar sahaja di rumah baru ibu. Memastikan semuanya di dalam keadaan yang di minta ayah.

Alhamdulillah. Semuanya nampak sempurna.

Jauh di sudut hati...
bonda tak mahu rumah ibu di bina baru. Kerana bonda tak suka rasa dan berperasaan bahawa ibu dah lama tinggalkan bonda. Bonda mahu rumah baru ibu kekal begitu.

Namun siapalah bonda untuk menentang dan melawan kejadian.

Lambat atau cepat rumah ibu pasti berubah.

Dek cuaca dan masa yang berlalu.

Mungkin hanya satu yang tak kan pernah berubah, iaitu rasa cinta dan rindu ini.

Al Fatihah buat ibu tersayang..

96 Hari menghadap Illahi.
.
.
.
.
.
.
Rindu :(

Al Fatihah...

Tiada lagi kepuk kayu yang hampir di telan bumi.

Damailah dan tenang lah ibu di sana...amin.




No comments :