Tuesday, 8 January 2013

Buaya vs Udang = Sungai Timun..jom3!!




Assalammualaikum wrt.

Banyak benda nak kena settle 2,3 hari nih. Urusan tanah arwah bidadari bonda pun masih tertunda. Urusan insurans, bank..adess lah. Hepp3!! tak baik merungut kan. Semua orang pun akan ada urusan selagi mata tak terpejam rapat. Nama pun hamba, makanya pikul lah semuanya dengan penuh kesyukuran. Ahamdulillah.

Isnin yang baru lalu nih bonda pergi Pejabat Felcra Durian Daun Rembau bagi urusan khairat kematian bidadari bonda. Masih tidak kami tuntut kerana tiada masa dan ruang utk berbuat demikian. Entah lah...sejak ibu dah tiada, semangat bonda turut hilang. Banyak urusan yang bonda tangguhkan. Khairat kematian tuh pulak hanya bonda yang layak menuntutnya kerana mengikut adat perpatih, bonda sebagai waris tunggal perempuan. Tapi entahlah...semangat tuh tiada. Cuma baru2 ini ayah ada bertanya kerana katanya wang itu bahagian ibu, kenapa tak di tuntut. Boleh juga di buatkan tahlil untuk ibu. Sebagai seorang anak, bonda menurut je.

Tapi biasalah bila mana berurusan soal harta pusaka dan yang KIV, bukan mudah..macam2 yang di minta, mahu di sain dan di ulang cetak.Tension. Sementara menunggu pegawai yang handle kes bonda selesai mesyuarat, bonda lajak kan cik Avan ke Sungai Timun. Banyak cerita mengenai sungai ini. Banyak yang bonda rasa menarik. Review jap..


- pintu gerbang -
1st time sampai ^_^
Jeti yang ada view yang mendamaikan.


Untuk pengetahuan kawan2 suma, Sungai Timun nih merupakan habitat bagi Sang2 Bedal. Khabarnya beratus ekor Sang Bedal menghuni sungai ini. Dan kalau bonda tak salah, MAJALAH 3 pernah buat liputan mengenai tempat nih. Seperti biasalah..bila banyak Sang Bedal, maka hasil sungai nya pun pasti melimpah ruah. Macam tuh jugak kat sini. Tersedia jeti yang di gunakan nelayan2 kecil Sungai Timun memunggah hasil tangkapan mereka. Paling banyak di sini ialah Udang galah dan ikan sungai seperti ikan jenahak.

Sampai jer kat sana, bonda di sambut dengan Udang galah yang baru di naik kan dari sungai. Besar2 korang..lebih besar dari tapak tangan bonda pun ada. Peluang dah depan mata kan..bonda pun jeling2 sikit kat en.sayur si pentadbir kewangan keluarga lah..haha!!. Jeling punya jeling...sekilo udang galah selamat dalam jinjitan bonda..ekeke!!. Harga sekilo pulak adalah RM 50.00 sahaja. Tak mahal kan? kalau nak compare yang kat pasar2 tuh..jejak RM70.00 sekilo.

- Pengsan -
Tergoda tak? tergoda keeennn....:P

Lagik besar dari tapak tangan bonda tau..besh3!!.


Kalau nak di ikutkan..bonda bukan lah peminat tegar udang uols, lagi teruja dengan sotong..hik3!!. Tapi memandangkan saiz yang luar biasa, tetiba macam eh3!!..:P. Cer korang tengok view dari jeti, takut tak tengok air sungai yang tenang itu..waahhh!! kelas bahasa bonda kan? skema rama habis :P








Bukan hasil sungai jer yang menarik kat sini tau. Sungai Timun juga ada menyediakan pelbagai pakej, termasuk lah pakej melihat Sang Bedal tuh. Naik bot ler korang..jangan risau, ajal maut kat tangan tuhan kan? mendekatkan diri dengan nature bukan lah sesuatu yang janggal sekarang. Selain Sang bedal, korang bulih tgk kunang2 dan beberapa lagi aktiviti. Chalet jugak di sediakan bagi korang yang ari2 dok hiruk pikuk kek bandar nun, yang sesekali nak merasa life style orghang nogori. Such a beautiful view n life ^_^. Percayalah.



Sebahagian dari senarai harga perkhidmatan yang di sediakan.

Sesekali nak larik dari kesesakan hidup di bandar, Sungai Timun adalah pilihan yang hagak baik bonda rasa. Tak lama pun bonda di situ, dapat sekilo udang galah..kaki nih cepat2 lompat masuk kereta. Dalam kepala dah terbayang nasik panas dan lauk ini...

Masak lemak cili api udang galah bersama nenas.

Siapa kata mak mertua lalu tak perasan? masih perasan lagik tau..hehe. Siap pelawa makan sekali eh..*_^. Oklah..lain masa kita jumpa lagik. Doakan bonda panjang umur supaya kita masih berteman, berkongsi dan belajar. Mana yang baik datang dari Allah swt, segala keburukan dari pihak bonda sendiri.

Dadada!!








7 comments :

Kakcik Nur said...

Sedapnya gulai udang tu... :)

Bonda Ryan said...

sedap kot kak chik, as rasa udang sama jer rasa..hik3!!

Aidah said...

Mongancam tul gulai udang galah tu. Ha ah..bosa2 udang e. Nak gi caghik gaklah satu hari esok.
Memang boto dik. Kemain susah nak monyolosaikan gheto pusako ni. Poning amek. Banyak na borang, fotostet laii. Macam2 dimintak e.

Bonda Ryan said...

jangan tak carik kak aidah yo. bukan jauh dari podiksen dah tuh..dari sg timun nak ko linggi laie 8km kalo tak silap. makno eh tak lah jauh dari podiksen kan? pas boli udang balik podiksen..monggullai, makan samo2 mak..humang aii ^_^

al-lavendari said...

dulu saya selalu memancing ke sana .. ada bot sendiri. tetapi sebab ada masalah dengan penjaganya, bot itu telah dipindahkan ke Pengkalan Kempas.

saya juga ada beli tanah ke hilir sikit dari jeti tu.

ada ke ikan jenahak sungai ?

Bonda Ryan said...

uncle..orang jual tuh kata ikan jenahak.saya ikut jer pasal tak knal ikan...ekeke!! ada ker? takde eehh? ciss!! pentipu dia rupanya *_*

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

salam singgah..sedappnye udang galah masak lemak ngan nenas..=)