Tuesday 29 January 2013

Cerita minggu ini part2




Assalammualaikum wrt.

Ok. ini nak cerita part 2 plak. Sapa yang terlepas part 1 tuh jangan risau, takde hukum yang mengatakan haram untuk baca part2 ini..hik3!!. Jadi teruskan lah membaca tanpa rasa was2 dan segan silu yer. Tersipu2 takpe..pasal bonda pom selalu gitu, budget ayu jelita kan?

- muntah -

Memandangkan cuti minggu nih berderet selama 4hari, maka aktivitinya pun berderet2 macam anak bonda jugak..haha!!. Tempat bertapa bonda haruslah di dapur yang penuh rahsia. Seram tak? seram tak?, kih3!!. dah3!! jangan nak kutuk2 kecelaruan bahasa dan mohtip pertanyaan seram tuh. Moh bonda layan mata korang semua dengan aktiviti memenuhkan tembolok naga RYAN4 dan en.sayur. Tembolok bonda tak kan pernah penuh selagi punya nafsu memasak dan feeling2 sedap kan? :P.


Cer teka kari haper tuh? sapa suka makan telur angkat kening cepat! ok itu kari telur yang beramah mesra dengan tauhu lampong (bonda tak tau nama apa selain lampong..ekeke, maap!). Rebuskan kerang pastu buat sambal kicap. Untuk bebudak 4 ketol tuh bonda buatkan ayam celup tepung jer. Simple dan mudah jer nak masak semua nih, tapi cukuplah untuk menghabiskan nasik sepiuk (berubah lah en.sayur sayang...mwahaha). Dan ini juga menghiasi minggu kami..



Paflova nama nya. Atau bak kata RYAN4 bonda 'papova'. Sebutlah kot mana pun korang suka yer..huhu. Sebelum bercuti itu hari, bonda terpandangkan resepi mudah ini, iaitu 'butter prawn'. Seperti sedia maklum, bonda bukan lah pecinta udang tegar. Tapi RYAN4 dan en.sayur sanggup bergaduh untuk menatang bermisai misai nih. Jadi minggu ini bonda realisasikan resepi yang terperuk sekian lama tuh..tadaaa!!!

udang suma main sorok2, jangan carik :P

Dah? dah penat dah baca?, bonda pun dah penat dah tulis. Ok kita jumpa next entry yer. Sapa2 yang rasa picca2 nih menganggu emosi korang, sila jangan salahkan bonda yer pasal blog nih bonda punya, so suka bondalah kan? hak3!! ok...peace!
Bubai!!


1 comment :

Aidah said...

Aduuuuh dik. Berbunyi2 perut akak padahal baru mkn. Camno ni?