Saturday 5 January 2013

Jumaat pertama 2013.



Assalammualaikum wrt.

Amacam semua pembaca blog bonda nih? tak kira lah terang2 atau pun gelap2. Bonda faham jer, yang gelap2 tuh pasal tak nampak button 'follower' kan?..hak3!!. Tapi apa de hal, bonda buat blog nih pun sekadar untuk memenuhi nafsu serakah jari bonda nih jer. Suka benor menulis. Merata meriti bonda tulis dan campak. Dari  mulot en.sayur bonda tuh tak pandai membebel...terus jadik super saiya bab membebel nih..haha!!. Nampak tak? kadang2 sikap isteri tuh yang buat suami ada perubahan. Cuma yang membezakan nya mungkin berubah lebih baik atau tidak jer. 

- Insaf jap -

Ok sayang2 semua, Kali nih nak citer pasal jumaat pertama 2013 kami. Tiada yang istimewa..cuma jumaat pertama nih, bonda dan adik serta ayah pulang ke rumah baru bidadari bonda. Bonda menetap di Bahau, rumah baru ibu di Rembau. Seminggu sekali, ziarah ibu adalah rutin utama bonda. Selagi cinta dan kasih ini berada di hati, insyaAllah sampai mati bonda tak akan lupa. Ibu punya tempat khas di hati kami semua. Andai satu hari nanti tempat ibu sebagai 'suri di hati ayah' telah pun berganti, namun pada kami ibu tetap selamanya suri di hati kami.

Sudah selalu kepuk pusara ibu di kotori dengan tanah lumpur kesan percikan hujan. Apa nak di kata kan..sekarang musim hujan. Maka dengan gigih ayah bonda beli rumput karpet untuk di tanam sekeliling pusara ibu. Harapnya rumput tersebut membantu mengelakkan percikan air lumpur tuh. Bila dah beli, bonda dengan adik pun semangat lah menanam rumput nih. Puas rasa hati tgk pusara ibu nampak cantik. Siap jer kami tanam..adik bonda tanya,

" kak ija..ko rasa kita berlebihan tak kat pusara ibu nih "

bonda jawab...

" Kita buat gini supaya pusara ibu tak kotor. Duit ibu masih bersisa. Semuanya kita gunakan untuk ibu. supaya ibu mendapat ganjaran di SANA. dan kita buat nih pulak bagi akak sebagai hadiah buat ibu. Waktu hayat ibu masih ada..ibu buat yang terbaik untuk kita. Jadi sekarang kita buatlah yang terbaik utk ibu...tak kira lah walaupun ibu dah takde ".

Lagi pun bagi bonda lah kan...dengan cara ini sahaja kami mampu meredakan sedikit kerinduan. Buat macam2 perkara untuk arwah bidadari itu cukup memadai untuk kami redakan kesedihan ini. Sumpah!! rindu ini terlalu berat buat kami walau sudah 5bulan berlalu. AL FATIHAH buat ibu tersayang.

150 hari dalam kenangan abadi...

- nangis -

setelah penat kami bertanah..alhamdulillah selesai.


suka tengok, sayang ibu!!

sila besarkan picca utk pencerahan info picca..hak3!!




2 comments :

azieazah said...

Selagi niat kita ikhlas, tiada isu berlebihan. Jangan risau.

Semoga arwah sentiasa diberkati dan dirahmati.

AtieAbid said...

Al-fatihah untuk ibu as..

xmau sedih² ye..nanti ibu as pun sedih kalu as sedih..sedekahkan surah yasin. in sha Allah ibu senyum di sana.