Sunday, 6 January 2013

~ Kami 3 ketol ~



Assalammualaikum wrt.

Alhamdulillah.

Kami 3 ketol dah sekolah.

Bonda dengan ayah yang hantar.

Sian emin..dia baru 4 tahun, tapi ayah nak hantar jugak!. Ayah kata, emin dah bulih sekolah dengan ikish pasal emin macam orang tua. Tapi..kami garu2 kepala dengar ayah cakap macam tuh pasal emin muda jer..:P. Tak tua macam ayah pun, janggut pun takde.

Bonda gerak kami pagi2. Satu taman dengar siren bonda. Tapi kami suka jer pasal kami sayang bonda kami. Kami bangun mandi, minum susu dan pakai baju baru. Biru kotak2. Bonda kata kami handsome..comel dan tah apa2, takpe...bonda memang suka bercakap.

Sampai sekolah pertama, abang turun. Bonda peluk abang suruh abang jaga diri. Lepas tuh ayah pandu kereta ke sekolah kami pulak. Aku dengan imin rasa teruja. Ramai kawan baru dan ada jugak yang lama dulu, taska punya. Bonda ajar buka kasut dengan stocking, kami ikut jer apa bonda kata. INGAT TEMPAT SIMPAN KASUT. Ok kami memang budak baik.

Masuk dalam kelas, tengok ayah bagi cikgu duit kaler2. Bonda senyum jer. Tangan ayah pulak gigil2..ayah sejuk kot. Kami faham. Bonda dengan ayah cakap banyaaaaaaakkkkkkk benda, tapi kami tak faham pun. Kami sengih2 tengok bakul menan yang berlambak2. Ayah suruh salam bonda dengan ayah, diorg pun balik. Kami sedih sambil air mata bergenang2, tak tau kenapa rasa macam nak ikut sekalik. Tarik tangan ayah, ayah jeling. Tarik tangan bonda..bonda kerut dahi. Kami takut kena marah, kami rela jer lah. Itu jer cerita untuk hari ini uncle auntie suma. Bonda kata tak boleh tulis banyak2 pasal nanti caras blog dia.

Bye.

~ kami ~

Pandang cikgu, dengar cikgu dan fokus..bonda kata :P

Ayah muncung pasal saya nak larik..tak lepas pulak!

Belajar susun beg sendiri.

Bonda suruh senyum, tapi saya mampu peace jer..
imin pulak senyum paksa.



# Biarkan cinta itu terus bersemi di situ walau jasad telah terpisah jauh dari jiwa2 kita. Teruskan..



4 comments :

Kakcik Nur said...

Sebagai anak2 yang baik, Ryan2 semua dengar cakap ayah dan bonda ya... Belajar rajin2 tau... :)

faraherda.razalan said...

Alahai...comelnya RYAN3 yg da g skool tu. Comelnya!!!!!!! Hehehehe...muke nak inesen. Suke tgk. Heee~

Aidah said...

Kelakar pulak akak tengok gambar last tu. Sorang terpaksa buat peace, sorang senyum terpaksa. Sikit lagi turunlah hujan tu. Hehehe.

Bonda Ryan said...

hujan kak, hujan yang lebat..habis comot2 muka..haha!!. hari nih macam2 alasan plak depa bagi. nangis saya kak *_*