Sunday 14 July 2013

Ruang putih yg selalu ada...dengarlah :'(



Assalammualaikum wrt.

Kehadapan ruang putih tanpa kata.
Hari ni hari suram bonda.
Hari nih hari yang penuh rasa.
Kan bonda dah kata. Flash back apa yang pernah bonda kata. Ramadhan selalunya bawak 1001 rahsia yg penuh cerita. Sama macam ramadhan tahun nih.

Ramadhan 1433hijrah yakni 10 malam terakhir bersamaan 20ramadhan 2012, bonda kehilangan bidadari bonda. Penuh luka. Sarat dengan semua rasa sakit. Tapi bonda bangun semula walaupun banyak yang cuba menjatuhkan bonda kembali. Isu keluarga yang tak pernah selesai. Allahuakhbar. Masih ada bonda hari ni untuk terus melakarkan rasa kat ruang putih nih..Terima kasih Allah, kekuatan itu datang dengan kasih sayangMU.

1 Ramadhan 1434hijrah.
Sekali lagi Allah swt uji dengan perginya kakak kepada bidadari bonda. Allahyarhamah ROHANI BINTI SALLEH. 3bulan ruang putih, 3bulan bonda berusaha untuk buat yang terbaik. Bonda tak pernah rasa jemu bawak Allahyarhamah berulang ke hospital. Sumpah bonda tak penat. Bonda nak arwah baik dan sihat. Bonda tak mahu arwah sakit macam ibu. Bonda tak mahu!....

- nangis -

Tapi ruang putih...
Siapa bonda nak menolak takdir tuh? Allahyarhamah mak lang menghembuskan nafas terakhir bersama kalimah Allah swt sebagai peneman perjalanan terakhirnya. Pergi menghadap Yang Maha Mencipta pada 1 Ramadhan, semoga roh mak lang bonda di cucuri rahmat serta belas yang tak bertepi. Di ampunkan semua dosa2 arwah, dperluaskan rumah baru arwah dan dtempatkan arwah bersama orang2 yang beriman. Amin.

' Setiap yang bernyawa pasti menemui jalan akhir kehidupan '


# Al fatihah buat ibu tersayang dan mak lang yg di ingati -_-

3 comments :

azieazah said...

Mati itu pasti, Hidup insyaAllah.
Semoga mereka yang dijemput lebih awal akan mendapat rahmat dari NYA.

Selamat berpuasa Bonda...

Yatie Fizzy said...

salam ramadhan buat bonda ryan ^__^

perit dan sakit yg BR rasa tu yf penah rase 4tahun yg lepas, dimana yf kehilangan abah tersayang...memang susahkan nak terima tapi tu lah qada & qadar yg harus diterima..setiap yang hidup pasti merasai mati..itu janji ALLAH buat semua umatnya..

Atikah Isa said...

yang hidup itu pasti akan menemui mati :) .... mind follow me http://apakenani.blogspot.com/ ;)