Wednesday 24 July 2013

Sardin VS nasik beriani, siapa menang?



Salam Ramadhan ke 15 uols..

Sihat dak?

Bonda alhamdulillah.

RYAN4 pun sama.

En.sayur juga.

Macam orang lain, bonda masih gagah dan bersemangat menempuhi bulan puasa kali ni. RYAN4 jangan di tanya..masih tak tinggi macam ayah katanya bila di ajukan soklan bila nak puasa. Alasan tu memang tak menahan, di perisakan pulak dengan muka yang memang luruh jantung, paru dan limpa melihatnya.

-kerut muka-

Tapi kalau di fikirkan secara logik, tak semua anak yang berusia 4,5 dan 6tahun mampu berpuasa pada usia macam tu kan korang?. Ke bonda yang cuba nak masuk dalam zon selesa eh?. Bukan nya apa, ada kawan mukabuku bonda komen kat status pasal RYAN4 yang bonda trained berpuasa ni lah. Sahabat bonda tu kata, no need to trained RYAN4 puasa sungguh2 sangat. One day, RYAN4 akan sedar sendiri bahawa berpuasa itu wajib, rukun islam pulak tuh. Usia macam RYAN4 ni bonda kena training depa solat dulu. Kena selalu bagi depa nampak kami solat.

Alhamdulillah. Bab solat tuh kami memang tengah training gak. Ada lah nampak keberkesanan nya sikit. Contoh, bila azan jer depa dah keriau pi amik sejadah sorang sehelai. Siap rebut-rebut pasai tak cukup sejadah kan..huhu. Mudah-mudahan Allah swt pelihara iman kami yg tipis cam kulit bawang nih, Istiqamah kami yang macam ombak laut ni, Semoga kami mampu jadi sebuah keluaga yang diredhai dan dirahmati hendaknya..amin!!.

Eh! semalam balik kerja jer dah tersedia barang-barang nak buat nasik beriani. Padahal bonda dengan muka riang gumbira jinjit plastik bag yang ada sardin dengan petola je sejibik. Nampak tak? betapa en.sayur buli bonda bulan-bulan puasa ni..haha!!. Takdelah korang, gurau kak ton je tuh *_^. Jadinya...terhasil lah nasik beriani terdesak untuk hidangan iftar keluaga besar kami semalam, alhamdulillah. 

Cakap jer tak guna kalau takde seisi tayang-tayang kan? mana lah tau jadik sumber inspirasi korang nak masak hari ni. Tak masak hari ni, hujung minggu pun boleh. Jom melawat gambar jom!

Nasik acah-acah berani bonda, panjang kannnnnnnn??? mih3!!

Ayam masak merah tomato.

'Papadom keterujaan' namanya pasai RYAN4 sangat teruja
tengok bonda goreng papadom nih..mwahaha!!.

Nak buat acar mentah malas kan,
so buat jer kobis goreng herba ni..pun sodap!



Ok lah yer.
Sekian saja pertemuan kita kali ni. Nanti-nanti kita jumpa balik dengan bebelan yang tak sudah dari bonda muka kerut hati kapas ni yer..bubai korang!.

#Al fatihah buat bidadariku sayang..




1 comment :

azieazah said...

Nasi beriani ler menangggg....! Papadom tu memang mengujakan!