Sunday 28 July 2013

Sehari lagi...



Assalammualaikum wrt.

Tika ni bonda tengah di alunkan dengan bacaan yassin dari Ustaz Haji Dzulkarnain. Mendayu-dayu sungguh bacaan nya, terbuai-buai bonda dalam emosi yang hanya bonda memahaminya.

Esok 20Ramadhan1434hijrah.
Esok genap setahun Allahyarhamah bidadari
bonda tinggalkan kami.
Esok pasti ada hujan yang membasahi hati yang kian tandus.
Esok pasti akan lebih muram berbanding hari ini.

Al fatihah buat ibu.

Setahun ibu pergi..
Setahun juga hati kami sepi..
Setahun juga kami tawa tapi ada duka terlindung..
Setahun sudah ibu.

Tiada kata dapat akak gambarkan.
Tiada luahan dapat akak lakarkan.
Tiada apa dapat di bandingkan dengan pedih hati ni.

#Ramadhan bakal berakhir, sedih sungguh rasanya.

1 comment :

azieazah said...

Mak mertua Kak Azie pun dah meninggal Disember tahun lalu. Tahun ni kali pertama Toklaki beraya tanpa mak.

Hmmmm pasti berbeza.