Tuesday 9 July 2013

Selamat berpuasa semua!



Assalammualaikum wrt.

Memandangkan hari nih hari last sebelum menempuhi Ramadhan yang mulia esok hari, Bonda nak mintak maaf pada semua saudara mara, kawan-kawan sekampus, kawan sepermainan, kawan sekolah, kawan satu tempat kerja, kawan tulisan nampak muka tak nampak..( kawan alam maya lertuh..mih3!!) dan para readers semua. Maafkan bonda dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama mengenali bonda ada yang bonda tersalah cakap atau tersalah melakar kata kata atas blog suam nih. Seperti kalian, bonda hanyalah hamba yang lemah, yang banyak melakukan khilaf sepanjang perjalanan sebagai musafir di bumi tuhan nih.

Mana yang termakan, mintak di halalkan. Mana yang terkasar mintak di haluskan. Begitu juga bonda, bonda maafkan semua kesalahan korang seikhlas hati. Bukan sebab nak Ramadhan, tapi sebab niat yang dah lama tersimpan. Mungkin semua yang terjadi sepanjang tahun ni banyak menguji, tapi percayalah..tidak pernah terpalit walau sedikit dendam dan kebencian. 

Ok! mana yang dah lupa niat puasa tuh, meh bonda nak ajar..


Rasanya cukup lah setakat ini pembebelan bonda, yerlah! ni kan entry mintak ampun. Mana boleh tulis panjang2! kang macam mintak ampun dan berdakwah pulak kang. Bonda nih sesungguhnya banyak sangat kekurangan, tapi sedang cuba untuk terus lebih baik dari hari ke hari. Sebab tu lah tak berapa berani nak berdakwah melalui alam maya nih. Takut tersalah cakap kang, korang kata bonda nih syiah pulak kang! naya jer. Tak pun ayah pin yg ada kerajaan langit tuh. Macam mana lah rupa kerajaan langit tuh yer, nama gah sgt tuh. Haaa!! kan dah kata, melalut dah..alahai. :P

Bye lah korang! Eh selamat berpuasa yer kawan2!.



5 comments :

ηuя αιмι Ƒαянαηα said...

selamat berpuasa jugak awak :)

Qaseehtolia said...

Selamat berpuasa bonda..masak ke membeli?

AtieAbid said...

Selamat berpuasa bonda dan family.. semoga ramadhan kali ni membawa seribu kebahagiaan kepada bonda dan keluarga..semoga juga mendapat berkat dariNya.

al-fatihah buat bidadari bonda.. :)

Faiz Saaid said...

selamat berpuasa bonda ryan

Bonda Ryan said...

selamat berpuasa faiz ^_^

Kak atie..amin! terima kasih atas ingatan pada Allahyarhamah bidadari bonda..hug!

Qaseh : Bonda ni ikut mood, kalau nak bonda masak kena jaga hati jgn bg sentap..ekeke!! boleh gitu? masak seperti selalu rasanya..insyaAllah. ^_^

nur aimi : selamat berpuasa awak! tq ^_^