Saturday, 9 June 2012

Kekanda Adinda punya cerita..Jom baca!!!

Sedang enak membuai perasaan melayan perut yg sendat dan ketat
(ala macam lagu wings ke haper tuh..feeling kn macam retis nok, baru curlas..ngeh3!!!)
terbaca satu post kenalan di mukabuku..post nyer bunyi gini..

‎~~Ini la lagu En suami bg,time first berkenalan dgn saya..,sungguh terharu...ayat2x dalam lagu ni mengusik jiwa dan raga sy..hingga terbuka pintu hati ini...anda bagaimana..hahahahaha=p

Vavava!!! ini kes nak suh hengat nostalgia nih..takpe nok, bonda shuker..ekeke!!!.Jangan nak menahan malu sampai me'ah2 pp tuh yer, tak salah nak kongsi2 sejarah kebahagiaan.
sejarah?? iya lah deqnon, skang dah beranak pinak..tiap2 thn menghasilkan rakyat malaysia..hader ke masa en sayur nak ber'feeling2 ala2 rumi dan julie lagik?? ya hado!!!. Skang nih klu nak apa2 pakat main mata jer..ooppss!!! 18sx sudeh.

* 1st time bonda kenal en sayur bonda nih masa bonda tingkatan 1. Bonda nih kekununnya anak yang cemerlang gemilang dan terbilang, maka di hantor lah kedua orang tuanya ke sekolah berasrama..tooiiiibbb.
* Namun apabila sampai di sana..terkenal lah bonda kerana 'budak bandor'...toooiiibb.
* Maka muka yang feeling ala2 diva kampung nih pun kembanglah setaman hidungnya...toooiibbb <org glemer mmg gitu..hader?..kui3!!)
* Di intai oleh ramai jejaka senior...tooiibbb.
* Namun dkalangan yang ingin mencuba nasib tertarik lah bonda pada seorang budak tinggi lampai..tooiiiib. (cinta beruk yg jangan di jadik kan ikutan..amaran keras!)

Halamak aii..malas pulak nak bertooiibbb2 lagik, ok straight!. Apa yang buat bonda tertarik??.ialah sebab, cara beliau yang gentle..antaranya :

  1. Mula2 kim salam perkenalan.
  2. Pastu kirim lagik banyak salam (skang nak salam p keja pun dah xsempat...huk3!!)
  3. Hagak dah xde salam nak kirim, pasal aii jual mahal kan, kirim surat ler pulak deqnon. Part nih yang besh!.Pasal bonda banyak dapat surat dari senior, tapi surat cinton berok kali nih awalnya berbunyi begini..
"Kehadapan adinda yang berada di asrama pusat puteri, kanda harap agar adinda sihat2 sahaja"

Baca jer surat nih, bonda terus terguling2 gelak bersama bff. Lawak betol mamat nih..tapi dalam hati bunga2 deqnon, penuh setaman dah..hahaha!!. Bonda tak balas pong..pasal saja nak uji hati nurani dan kalbu beliau. Menyusul plak satu surat..ade lagu ko..lagu haper? lagu "salam mesra by A.Halim"

Bonda tak pernah terfikir akan ade lagi mamat berjiwa 70an di era 90an. Dan atas sebab itu bonda terima en sayur dalam kehidupan bonda berpaksikan gelaran 'abang angkat'.

Haper??? 'abg angkat'..dah3!!! jangan nak ngutuk bonda yer, memang aii dah terangkat pun skang..anak empat lagik!! mampu?..huhu.

Inilah yang di katakan JODOH.
Seawal usia 13thn bonda dah di temukan dgn jodoh yang ALLAH swt surat kan. Kami terpisah lama sebelum berjumpa semula dan bercinta..yang akhirnya membawa kepada penyatuan dua hati menjadi satu. Syukran Ya Allah swt..Syukur kerana menemukan kami dan menyatukan kami hingga kebahagiaan hari ini kami kongsi bersama 4 malaikat kecil kami. Semoga Kami tetap bersama hingga tanah memisahkan kami.AMIN. (lap2 hingus jap..sebak tetiba, udah nak buat macam mana..hati kapas kan?..sila redha..huhu)

Dulu hati jer kembang2..skang nih idung turut mengembang,
membesor rupanya..kah3!!



No comments :