Kalau satu hari nanti ada yang bertanya..
Untuk apa bonda menulis??
Untuk apa blog RYAN4 nih??
Semuanya persoalan ade jawapan nya di sini..
Bonda merupakan seorang ibu yang punya 4 orang hero tecik yang amat2 susah untuk di tenteramkan, nak d damaikan atau nak d himpunkan. Kerana mereka seolah-olah sekumpulan askar tecik yang sedang membuak2 semangat membela bangsa dan negara..hahaha!! (tetiba feeling anak bonda jadik askarkan..sila layan okeh!!)
Makanya..setiap kelakuan mereka bonda simpan dan lakarkan atas sekeping kertas yg nama glemer dia 'DIARI'. Namun masa beredar dan pantas berlalu..zaman makin canggih, maka bonda pun haruslah jadik canggih jugak kan..maka terciptalah http://bondaryan.blogspot.com. Segala kisah suka, duka dan kelaku RYAN4 yang kadangkala meruntun hati..menggeletek segala pundi yang ade..bonda karangkan atas skrin putih depan bonda nih haa. Sebenarnya terlalu banyak persoalan karut dan tingkahlaku pelik mereka tiap hari, namun hanya segelintir bonda karang kan buat tatapan korang dan mereka 1 hari nnt.
Kenapa?? udah macam mana bedah??..tak kan sehari bonda nak post berpuluh2 entry kot. Bonda kata berpuluh pasal, hari2 diorang akan tanya dan buat macam2 perkara. Klu sorang jer dah buat 10 kelaku..4 orang??? korang darab lah sendirik..huhu. Tak kan bonda nak berkepit dgn laptop 24jam sehari kan?..mau ade yang kena tido luar tiap2 malam..sadis!! (jangan ngada2 nak bayangkan yer..ekeke!!). Bonda hanya menulis dan berdating dengan blog nih waktu bonda bekerja sahaja. Apabila keluar jer dari opis, bonda adalah seorang ibu dan isteri pada 5 orang ulam pegaga tangkai nyawa bonda. Cukup lah sekadar di opis bonda berdating dengan blog. Bila di rumah..tak reti-reti nak jadik ibu mithali dan isteri solehah??..kata nya..hak3!!! (padahal mengumpul bijih mata jer bila tengahari, kui3!)
Salah satu sebab gak bonda buat blog nih pasal nak update setiap perkembangan RYAN4 pada sedara mara..(kami jarang balik kg pasal jauh dan yang paling utama..tak leh handle 4budak tecik sekaligus..kesian) dan kawan2 rapat bonda. Tiap kali private message bonda pasti topik RYAN4 yang akan di tanya, nampak nya RYAN4 lagik pemes dan hot dari bonda yang dulunya 'Ratu Kebarung'..huk3!!. Gelaran dah dirampas secara paksa dan tak berperikemanusiaan oleh mereka..kijam. Bila ade blog nih dan bonda post kan kat mukabuku bonda..secara tak langsung, bonda kurangkan stress jari2 runcing bonda nih citer pasal RYAN4 kat private message..kih3!!..bijak kan?..sila declare yer :P
Ok..sekarang dah faham kenapa dan mengapa blog nih wujud?? ke ade yang tak faham lagik??..ayo!! g cepat tukar ramd kat otak tuh n g update window 7..baru curlass dan vavava!! berjumpa di entry yang akan datang..klu tak jumpa dah blog nih, maknanya tuan empunya blog dah kena buang keja pasal ari2 taip blog..selisih!! hihi.
daaa!!! ^_^
No comments :
Post a Comment