Tuesday, 5 June 2012

Arwah Ulat...tenanglah (entry kelakor Ryan4)

Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?..

Malam tadi mereka bergaduh..hanya kerana seekor ulat ( maap..gambar tidak sempat d snap kerna telah hancur penyek..sadis!! )

C tengah yang punya jiwa sensitif dan amat sayangkan binatang, MENANGIS HIBA

kerana 'ulat lampu' yang di jumpai telah di pijak secara kejam oleh budak ini,

Bonda terkejut mak jemah apabila beliau menjerit hiba sambil di ikuti pekikan dari c sulung menceritakan butiran kejadian

dan di tokok tambah oleh yang ketiga,

HASILNYA???
BEGINI..


Kan dah kena penampor sulung. Aduhai anak2 bonda nih...hanya kerana 'ulat lampu' kalian bertengkar seperti Amerika nak bom Hiroshima. Beruntunglah kamu wahai 'Arwah ulat', di sayangi oleh malaikat kecil bonda.

" Kesian ulat tuh, mesti bonda dan anak2 dia tengah tunggu ayah dia balik..tapi dah mati baby pijak"
kata c tengah dalam esak tangis yang meruntun hati bonda nak nanes sama...

HADOI LAH!!!!!
(Bonda hati kapas..sila remind, hok3!!!!)







No comments :