Monday 27 August 2012

Catatan terakhir bidadari itu :(




Masih tersisa dengan ingatan yang tiada kesudahan.

Serasa tiap saat nak bercerita.

Tiap detik nak berkongsi.

Lain orang lain cara penerimaannya.

Dengan cara ini saja bonda melepaskan rindu pada bidadari itu.

Selain Al Fatihah dan alunan yassin sebagai penghubung kami.

Usai segala urusan,

Bonda memegang amanah ayah utk menguruskan
segala barang2 tinggalan Allahyarhamah.

Bertemankan sendu bonda kuatkan hati mengemas
baju2 Allahyarhamah.

Terjumpa secebis nota tulisan terakhir bidadari bonda.

Sedang berjuang melawan kesakitan yang tiada tandingan pun
bidadari itu masih ingat tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri
yang telah di pikulnya selama 30 tahun.

Nota ini lah yang bonda genggam erat tiap kali rindu menyapa.

Walau hanya sekadar nota yang tiada makna.

Namun bagi bonda dan yang mengenali bidadari itu,

Nota ini memberi sejuta rasa.

Rasa kagum dengan sifat bersedia dan tanggunjawab bidadari itu.

Dalam keadaan berwayar2 dan terlantar,

Bidadari bonda tetap tak mahu menyusahkan ayahanda bonda

Segala keperluan rumah tetap di jaga

IBU...

Semua yang ibu tinggalkan buat kami

Segala-galanya indah.

Segala-galanya ibu..

Al Fatihah buat ibu kesayangan kakak dunia akhirat

Tulisan yang tangan Allahyarhamah yang akan
bonda simpan selagi hayat di kandung badan

2 comments :

desperate mama said...

al-fatihah...

setiap kenangan akan kita genggam erat dalam hati....

Bonda Ryan said...

yer kakak..tiap kenangan, masa ni lah semua nasihat beliau macam video kat dalam kepala.satu persatu teringat...:(